Saturday, 10 June 2017

Shafee Abdullah Kepanasan Isu RM 9.5 Juta?

Shafee Abdullah Kepanasan Isu RM 9.5 Juta? Tan Sri Shafee Abdullah yang kini di tengah-tengah tuduhan menerima RM9.5 juta daripada akaun peribadi perdana menteri hari ini cuba mengelak pertanyaan wartawan, sambil berkata akan membuat kenyataan.

Peguam yang dilantik khas oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim 2 tahun lalu itu juga enggan menyatakan sama ada beliau menafikan tuduhan menerima RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak.

Shafee Abdullah Kepanasan Isu RM 9.5 Juta?  “Saya akan buat satu kenyataan, tetapi bukan hari ini. Saya akan berikan kenyataan media. Saya akan beritahu anda,” kata Shafee kepada wartawan yang bergegas mendapatkan komen beliau, sebelum meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Sarawak Report baru-baru ini mendakwa Shafee menerima 2 transaksi wang daripada Najib.

Laman itu turut menerbitkan gambar 2 slip menunjukkan sejumlah RM9.5 juta yang dibayar pada September 2013 dan Februari 2014, 2 minggu sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Shafee Abdullah Kepanasan Isu RM 9.5 Juta? 


Keputusan itu disahkan pada 2015 oleh Mahkamah Persekutuan, yang menghukum Anwar 5 tahun penjara.

Hari ini, bekas ketua pembangkang Dewan Rakyat itu memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia bersandarkan dakwaan portal itu, dengan berkata ia menunjukkan beliau tidak mendapat perbicaraan adil.

Shafee Abdullah Kepanasan Isu RM 9.5 Juta?  Sebelum ini, Putrajaya berkata Shafee hanya dibayar upah guaman sebanyak RM1,000 untuk perkhidmatannya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...