Sunday, 4 June 2017

Rupanya Ini Calon BN Di PRK Pujut?

Rupanya Ini Calon BN Di PRK Pujut? Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah menerima senarai beberapa calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut.

Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg yang juga pengerusi BN negeri berkata, calon itu akan diputuskan dalam mesyuarat BN Sarawak yang dijangka diadakan sebelum proses penamaan calon.

Rupanya Ini Calon BN Di PRK Pujut? “Nama sudah ada, tetapi saya akan umumkan selepas mesyuarat BN Sarawak. Sama ada BN akan meletakkan ‘calon langsung’ juga akan diteliti dan bergantung kepada keadaan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri bagi DUN Satok hari ini.

PRK DUN Pujut diadakan berikutan pelucutan kelayakan keanggotaan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon daripada DAP sebagai adun oleh DUN Sarawak pada 12 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-11 Mei tahun lepas, Dr Ting menang dengan majoriti 1,759 undi menewaskan 3 calon lain, iaitu Datuk Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Formula calon langsung diperkenalkan bekas ketua menteri, Tan Sri Adenan Satem bagi menyelesaikan perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan parti serpihannya, Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Rupanya Ini Calon BN Di PRK Pujut?


Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, BN Sarawak menyedari mereka bakal berdepan cabaran merebut undi penduduk kawasan tersebut, namun tetap optimis untuk melakar kemenangan.

“DUN Pujut adalah kawasan DAP, jadi bermaksud untuk kita ia tugas sukar, kita mesti sedar realitinya tetapi kemungkinan untuk menang tetap ada, bukan mudah tetapi kalau kita kerja kuat, boleh menang,” katanya.

Rupanya Ini Calon BN Di PRK Pujut? Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Pujut pada 4 Julai, manakala penamaan calon 20 Jun. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




2 comments:

  1. TV 3 DAN PEMBACA BERITA SAMA SAMA NGOK. BERITA TAK MASUK AKAL. SELAMAT JALAN TV3 SUKU.

    ReplyDelete
  2. Dap menang yea yea yea

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...