Thursday, 15 June 2017

Pesawat TUDM Hawk 108 Hilang

Pesawat TUDM Hawk 108 Hilang. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 hilang di persekitaran utara Kuantan di sempadan Terengganu-Pahang.

Pesawat itu berlepas dari Pengkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan didapati terputus hubungan pada jam 11.30 pagi, menurut TUDM.

Hawk 108 merupakan pesawat buatan Britain dan mula digunakan TUDM sekitar 1996.

Ia merupakan pesawat latihan lanjutan dan pesawat pejuang ringan yang boleh ditugaskan sebagai pesawat bantuan rapat udara.

Pesawat TUDM Hawk 108 Hilang


Kejadian terakhir yang membabitkan kemalangan juruterbang berlaku tahun lalu apabila sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air 200T terhempas di Pengkalan Udara TUDM di Pulau Pinang, mengorbankan seorang juruterbang.

Sejak tahun 1991, dilaporkan 2 kejadian berlaku membabitkan pesawat Hawk 108, iaitu pada 18 Jun 1996 dan 2 Oktober 2000. -fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...