Monday, 19 June 2017

PAS Bidas Kerajaan

PAS Bidas Kerajaan. Kerajaan tidak boleh mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ dalam isu melibatkan penyiasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat  (DOJ).

Sebaliknya kata, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, kerajaan perlu melakukan siasatan yang boleh memberi penjelasan kepada rakyat.

“Penyiasatan DOJ adalah menurut lunas undang-undang kerajaan Amerika Syarikat (AS). Kerajaan Malaysia tidak boleh memandang ringan kerana ia membentuk persepsi di kalangan rakyat.

PAS Bidas Kerajaan. “Untuk itu kerajaan perlu melakukan penyiasatan dalaman yang boleh meredakan rakyat. Siasatan oleh PAC tidak mencukupi kerana sebahagian maklumat telah diOSAkan. Kita tidak menolak kebarangkalian ia dimanipulasi untuk kepentingan politik pihak tertentu sama ada Amerika sendiri atau orang politik dalam negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, kerajaan tidak wajar berada dalam sindrom penafian, sedangkan isu tersebut memburukkan imej negara dari hari ke hari.

PAS Bidas Kerajaan


“Kerajaan yang bertangungjawab atas penubuhan dan pengurusan 1MDB juga harus berani menjawab persoalan rakyat terhadap isu ini demi menyelesaikan kemelut tersebut, kembali menstabilkan keadaan ekonomi negara dan status kehidupan rakyat.

PAS Bidas Kerajaan. “Sesungguhnya sikap bertanggungjawab bagi sesebuah kerajaan adalah perlu, dan kerajaan harus berhenti berdalih,” katanya lagi. - sinar




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. semua pepimpin PAS dah besuara... maklumlah pilihanraya dah dekat.. masing2 nak tnjuk pandai la... belum ni snyap je... malah ada yang tak percaya dgn 1mDB

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...