Tuesday, 13 June 2017

Nazri Aziz Kena Tegur Lagi

Nazri Aziz Kena Tegur Lagi. Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman hari ini menegur cara rakannya Datuk Seri Nazri Aziz dan berkata beliau seharusnya lebih berdiplomasi menangani rasa tidak puas hati Sarawak berhubung cukai pelancongan.

Anifah berkata cara diplomasi akan mengelakkan hal yang boleh mengguris hati warga Sabah dan Sarawak.

Nazri Aziz Kena Tegur Lagi.“Sebagai rakan dalam Kabinet Persekutuan, saya berpendapat perkara ini seharusnya dibincangkan dengan cara yang lebih diplomasi serta melambangkan semangat perpaduan BN.

“Sebagai kawan, saya nasihatkan beliau mengambil langkah pertama bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik. Sudah tentu beliau akan menerima teguran ini demi kebaikan bersama,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, seorang lagi menteri kabinet dari Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menerusi twitter berkata isu cukai pelancongan bukan berkisar soal senioriti atau “kejantanan”, dan menyifatkan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai ahli politik berpengalaman walaupun baru menjadi Menteri Sarawak.

Nazri Aziz Kena Tegur Lagi


Walaupun Abdul Rahman tidak merujuk secara khusus, Nazri sebelum ini menyifatkan Abdul Karim sebagai “setahun jagung” dan membidasnya kerana membabitkan BN Sarawak dalam isu itu.

Anifah menyifatkan kenyataan Nazri mengenai jumlah hotel 5 bintang di Sarawak yang “hanya boleh dibilang dengan jari” sebagai tidak wajar.

“Kita dalam keluarga BN saling menghormati dan menyelesaikan apa jua permasalahan melalui saluran yang betul demi menjaga keharmonian rakyat sejagat,” katanya.

Cukai pelancongan yang bakal dilaksanakan 1 Julai ini menyaksikan penginapan 5 bintang dikenakan RM20 setiap malam, 4 bintang (RM10), 3 hingga 4 bintang (RM5) dan premis penginapan tiada penarafan (RM2.50).

Nazri Aziz Kena Tegur Lagi. Sebelum ini, Karim mendakwa kerajaan negeri tidak dibawa berbincang berhubung isu itu dan menggesa pelaksanaannya ditangguhkan. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...