Friday, 30 June 2017

Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengan Berita Ini

Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengan Berita Ini. Pakatan Harapan hari ini mengumumkan siri jelajah seluruh negara bermula 6 Julai ini di Kepala Batas, Kedah bagi menjelaskan kepada orang ramai tuduhan terkini melibatkan 1MDB seperti terkandung dalam laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini.

Gabungan 4 parti itu turut mengajak parti pembangkang lain bersama-samanya dalam usaha itu.

Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengan Berita Ini.  “Kami juga menyeru kesemua parti-parti pembangkang untuk mengenepikan segala perbezaan dan berkerjasama serta bersatu tenaga untuk membawa mereka yang terlibat di dalam skandal penyelewengan dana 1MDB ke muka pengadilan,” kata kenyataan dikeluarkan hari ini oleh PH yang turut disokong Darell Leiking, wakil rakyat Parti Warisan Sabah.

Kenyataan itu turut mendapat sokongan PSM. PH disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

Mereka mengulangi desakan terhadap Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan tuduhan itu.

DoJ melalui tindakan terbaru difailkan di California mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB. 

Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengan Berita Ini


Aset yang disebut dalam tuntutan itu termasuk hak filem ke atas 2 cerita komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey dan “Daddy’s Home” yang dibintangi Will Ferrell. 

Pembikinan filem itu didakwa dibiayai jutaan dolar dari dana pelaburan milik kerajaan itu.

Saman sitaan pertama pada Julai tahun lepas mahu mendapatkan kembali semua aset termasuk tetapi tidak terhad kepada Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet mewah, karya seni, serta biaya filem Martin Scorcese “The Wolf of Wall Street”, yang dibintangi Leonardo DiCaprio.

Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tindakan mahkamah terbaru itu.

Bagaimanapun, semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyifatkan tindakan DoJ itu lebih bermotifkan politik.

Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengan Berita Ini


“Tindakan DoJ juga dipercayai berdasarkan maklumat yang diberi oleh segelintir pihak dari Malaysia sendiri,” katanya dipetik Bernama.

Dalam kenyataannya hari ini, PH berkata hanya kertas putih dibentangkan di Dewan Rakyat dapat menjawab segala dakwaan DoJ, dan bukan menerusi kenyataan menteri yang mengkritik dokumen setebal 251 muka surat itu.

“Maka perdana menteri, kerajaan persekutuan dan agensi-agensi berwajib tidak boleh lagi berdiam diri mengenai isu ini. 

Najib Dan Rosmah Menggelupur Dengan Berita Ini.  Tumpuan harus diberikan untuk membersihkan nama negara dan menyelesaikan kemelut yang melanda yang diakibatkan oleh skandal penyelewengan 1MDB,” kata kenyataan itu yang turut ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merangkap Ketua Pembangkang. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...