Friday, 16 June 2017

Nahas Pesawat Hawk 108 TUDM, Jenazah Juruterbang Dibawa Ke Kampung Halaman

Nahas Pesawat Hawk 108 TUDM, Jenazah Juruterbang Dibawa Ke Kampung Halaman. Jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof dan Mejar Mohd Hasri Zahari yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Hawk 108 semalam, tiba di surau Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, pada 5.45 pagi ini.

Jenazah mereka dibawa dengan 2 van jenazah yang diiringi anggota polis trafik, kenderaan rasmi TUDM dan kenderaan ahli keluarga kedua-dua juruterbang berkenaan.

Nahas Pesawat Hawk 108 TUDM, Jenazah Juruterbang Dibawa Ke Kampung Halaman. Jenazah mereka kemudiannya dimandikan dan dikafankan di surau berkenaan serta disolatkan sebelum dibawa ke kampung halaman masing-masing menggunakan pesawat TUDM.

Jenazah Yazmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Titiwangsa, Kuala Lumpur, manakala jenazah Hasri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda, Jempol, Negeri Sembilan.

Yazmi, 39, dan Hasri, 31, terkorban apabila pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu, semalam.

Nahas Pesawat Hawk 108 TUDM, Jenazah Juruterbang Dibawa Ke Kampung Halaman


Jasad mereka ditemui pada 2.30 petang semalam, dalam jarak 20m antara satu sama lain, dengan payung terjun masing-masing menunjukkan mereka melepaskan diri daripada pesawat itu.

Pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan pada 11 pagi semalam, sebelum dilaporkan terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...