Friday, 2 June 2017

Muhyiddin Yassin Dedah Kepincangan Parti BERSATU

Muhyiddin Yassin Dedah Kepincangan Parti BERSATU. Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ahli yang didakwa keluar parti baru-baru ini berbuat demikian kerana sebilangan pimpinan bahagian yang tidak berpuas hati dengan pelantikan pengerusi negeri.

Bagaimanapun, bekas timbalan perdana menteri itu berkata, dakwaan 1,000 ahli meninggalkan parti mungkin rekaan kerana hanya sejumlah kecil yang meletakkan keahlian.

Muhyiddin Yassin Dedah Kepincangan Parti BERSATU. Beliau berkata sebilangan pemimpin tidak berpuas hati dengan pengerusi PPBM negeri, yang ditentukan oleh kepimpinan pusat.

“Sebenarnya, ini mungkin kerja beberapa orang yang tidak gembira dengan keputusan kepimpinan pusat PPBM, bukan kerana saya sahaja.”

“Saya tahu siapa dalangnya, siapa penyebabnya.“Beritahu saya di mana 1,000 orang yang tinggalkan parti itu? “Perkara sebenarnya, hanya puluhan yang keluar.

Kumpulan kecil itu sekadar melaungkan ‘ribuan keluar’,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa di Masjid Ar-Raudah di Pulau Betong, Balik Pulau semalam.

Muhyiddin Yassin Dedah Kepincangan Parti BERSATU


“Kumpulan kecil itu sekadar melaungkan ‘ribuan keluar’,” katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa di Masjid Ar-Raudah di Pulau Betong, Balik Pulau hari ini.

Media melaporkan 1,000 ahli PPBM Perak meninggalkan parti besar-besaran pada 26 Mei lepas, mendakwa Muhyiddin gagal menyelesaikan konflik di peringkat nasional dan negeri.

Muhyiddin berkata beliau tidak sedih mereka yang sudah meninggalkan parti, kerana ramai lagi yang mahu bersama PPBM bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Beliau berkata ahli meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati perkara biasa.

“Dalam mana-mana parti, apabila kepimpinan memutuskan sesuatu, kita tidak boleh bertindak mengikut ‘nafsu’ kita.

“Mereka yang tak nak berjuang dengan kita maka tak apa lah,” kata Muhyiddin.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia menjadi calon timbalan perdana menteri jika Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai perdana menteri selepas Pakatan Harapan menang pilihan raya akan datang, Muhyiddin berkata masih terlalu awal untuk menjawab soalan itu.


Muhyiddin Yassin Dedah Kepincangan Parti BERSATU


Sebelum itu, beliau berbuka puasa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Pengerusi PPBM Pulau Pinang Marzuki Yahya, timbalannya Mohd Shariff Omar dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Jumaat lepas, Ketua PPBM Bahagian Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua PPBM Bahagian Teluk Intan Jemaat Yaacob dilaporkan mengetuai lebih 1,000 ahli PPBM meletakkan keahlian mereka.

Azrul dilaporkan berkata Muhyiddin gagal menyelesaikan konflik di peringkat nasional dan negeri walaupun diberi masa 1 minggu untuk menyelesaikannya.

Muhyiddin Yassin Dedah Kepincangan Parti BERSATU. Pengerusi PPBM Perak Faizal Azumu dilaporkan berkata peletakan keahlian besar-besaran itu didalangi beberapa ahli parti yang tidak dilantik ke kedudukan penting dalam parti. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...