Wednesday, 7 June 2017

Krisis Qatar Dedah Tembelang Negara Arab

Krisis Qatar Dedah Tembelang Negara Arab. Bekas menteri pertahanan dan ketua turus angkatan tentera Israel mengalu-alukan langkah beberapa kerajaan Teluk memutuskan hubungan dengan Qatar, sambil berkata ia petanda negara Zionis itu kini bersatu hati dengan dunia Arab yang pernah memusuhinya.

“Hari ini, kita menyaksikan tindakan negara Arab terhadap Qatar, yang dilayan sebagai negara penyangak disebabkan hubungannya dengan Iran dan sokongan dan hasutan keganasan,” kata Moshe Ya’alon seperti dipetik akhbar The Jewish Press.

Krisis Qatar Dedah Tembelang Negara Arab.  “Kami dan umat Arab, iaitu pihak sama yang berpakat dalam Perang 6 Hari untuk menghancurkan negara Yahudi ini, kini dalam kapal sama.

“Negara Arab Sunni, kecuali Qatar, rata-rata dalam kapal yang sama dengan kami kerana kami menganggap sebuah kuasa nuklear Iran adalah ancaman terhadap kita semua,” katanya ketika berucap pada persidangan anjuran Universiti Tel Aviv, “Perang Yang Mengubah Wajah Negara dan Timur Tengah”.

Persidangan itu mengingati Perang 6 Hari yang menyaksikan tentera Israel dengan mudah menewaskan pakatan tentera Arab diketuai Mesir, dalam tempoh singkat antara 5 dan 10 Jun, 1967.

Minggu ini, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir dan Yaman bertindak memutuskan semua hubungan dengan Qatar, menuduh negara kecil itu membantu pengganas dan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang mengambil alih pemerintahan Mesir sebelum digulingkan tentera pada 2013.

Krisis Qatar Dedah Tembelang Negara Arab


Keputusan itu dipuji Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, yang menyifatkannya membuka lembaran baharu kerjasama Arab-Israel.

Trump gembira

Riyadh yang baru sahaja menjadi tuan rumah kepada Presiden Donald Trump, tidak senang dengan pimpinan tertinggi Qatar yang mempersoalkan pakatan negara Arab menentang Iran.

Trump menghadiri persidangan “anti-keganasan” bersama 50 negara Islam yang turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, Trump berkata beliau berpuas hati dengan langkah memencilkan Saudi, menyifatkan tindakan Saudi itu rentetan daripada ucapannya menyeru negara Arab melawan pengganas Islam.

“Puas hati melihat lawatan ke Arab Saudi bersama Raja Salman dan 50 negara kini berbaloi,” tulisnya dalam Twitter.

Krisis Qatar Dedah Tembelang Negara Arab


Ia merupakan lawatan luar negara pertama presiden Republikan itu, dan dilihat sebagai usaha menyekat pengaruh Iran. Iran ialah negara majoriti Syiah, aliran kedua terbesar dalam Islam yang dilabel sesat oleh agamawan Saudi berfahaman Wahabi.

Sementara itu, Ya’alon dalam ucapannya mengakui kemenangan Israel pada 1967 mustahil diulangi di zaman ini disebabkan ia berdepan dengan musuh seperti Hizbullah, kumpulan bersenjata di Lubnan yang rata-rata dianggotai umat Islam Syiah.

“Kerana apabila kita berperang dengan Hizbullah di Lubnan, Hamas di Gaza atau dengan pengganas bunuh diri, kita tidak boleh mengharapkan kemenangan jelas.

“Dengan jenis ancaman yang kita tangani sekarang, konsep kemenangan sudah berbeza,” katanya.

Krisis Qatar Dedah Tembelang Negara Arab. Pada Julai 2006, Israel melancarkan serangan ke atas Hizbullah di Lubnan tetapi gagal mencapai matlamat membebaskan tawanan perangnya. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...