Saturday, 3 June 2017

Kisah Tragis Adik Zulfarhan Osman Zulkarnain

Kisah Tragis Adik Zulfarhan Osman Zulkarnain. Penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain dikejarkan ke Hospital Serdang dengan 80% kesan lebam dan melecur di badannya, Khamis lalu.

Seorang sumber yang dipetik The Star mendakwa pegawai kadet laut berusia 21 tahun itu diikat dan dipukul selama beberapa hari hanya disebabkan pergaduhan mengenai sebuah komputer riba.

Kisah Tragis Adik Zulfarhan Osman Zulkarnain. Menurut sumber itu, Zulfarhan diseksa selama 2 hari dengan seutas tali pinggang, paip getah, batang besi dan penyangkut baju oleh rakan universitinya pada 20 dan 21 Mei lalu.

Seminggu kemudian, 2 rakan mangsa membawa beliau ke sebuah klinik di Bangi untuk mendapatkan rawatan pada 27 Mei lalu.

“Mereka membawa beliau ke klinik sekali lagi pada 31 Mei lalu,” kata sumber itu sambil menambah mereka tidak pulang ke kampus, sebaliknya tinggal di sebuah pangsapuri di Serdang.

Penuntut tahun ke-3 jurusan kejuruteraan elektrik itu dikejarkan ke Hospital Serdang sekitar 8 malam Khamis lalu kerana keadaannya semakin teruk, sebelum beliau meninggal dunia kira-kira 2 jam kemudian.

Kisah Tragis Adik Zulfarhan Osman Zulkarnain


Polis mengesahkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Seramai 32 penuntut UPNM dan 4 lagi dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) direman 7 hari sehingga Khamis depan.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Zulfarhan ada menghubungi ibunya untuk memaklumkan beliau tidak dapat pulang ke rumah untuk menyambut Ramadan.

Hawa Osman, 54, dilaporkan berkata, anak sulung daripada 4 beradik itu sempat berpesan kepadanya supaya menjaga diri.

Hawa yang merupakan pembantu tadbir di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki di Johor Bahru berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum meninggal dunia.

Katanya, kali terakhir beliau menemui anaknya kira-kira 3 minggu lepas, iaitu di majlis kenduri perkahwinan seorang saudara mereka.

Beliau berkata, Zulfarhan ada memintanya membelikan baju Melayu berwarna kelabu bagi menyambut Aidilfitri.

Hawa berkata, jenazah Zulfarhan dikebumikan di sebelah kubur datuknya, Idrus Kayat dan ibu saudaranya, Rosyatimah Kayat di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru, kira-kira 9.30 malam tadi.

Kisah Tragis Adik Zulfarhan Osman Zulkarnain


Jenazah Zulfarhan tiba di tanah perkuburan itu dengan menaiki van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia kira-kira 9.15 malam.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Uniten di Bangi, Selangor, petang semalam sebelum disembahyangkan sekali lagi di Masjid Jamek Kampung Kurnia, di Johor Bahru, selepas solat Isyak.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri lebih 100 orang, termasuk ahli keluarga dan kenalan Zulfarhan. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...