Tuesday, 6 June 2017

Kes Bakar Mayat Mualaf, KKM Akui Kecuaian

Kes Bakar Mayat Mualaf, KKM Akui Kecuaian. Kementerian Kesihatan mengakui berlaku kesilapan dan kecuaian dalam kes penyerahan  satu mayat di Hospital Kajang dua hari lalu, kata Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata kejadian serupa berlaku tiga bulan lalu di  Hospital Pulau Pinang dan pihaknya telah menyemak semula Operasi Prosedur Standard (SOP) berhubung penyerahan mayat.

Kes Bakar Mayat Mualaf, KKM Akui Kecuaian. Katanya satu siasatan rapi sedang dijalankan dengan mengambil keterangan kakitangan dan pengawai perubatan di rumah mayat hospital itu (Hospital Kajang) dan ia dijangka siap secepat mungkin.

 "Kita memang minta maaf sebab perkara itu sepatutnya tidak berlaku. Semua SOP sudah disemak semula. Tidak tahu bagaimana perkara itu berulang di (Hospital) Kajang.

"Kalau ada bukti kecuaian dan apa sebab ia berlaku, kita akan ambil tindakan tatatertib termasuk menggantung tugas," katanya kepada media pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Yahya dengan Warga Kementerian Kesihatan di sini, hari Ini.

Dr Subramaniam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes kesilapan bersabit penyerahan mayat seorang mualaf yang bernama Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya Lin Ah San @ Lim Ah San kepada sebuah badan kebajikan yang menyebabkan mayat itu disempurnakan mengikut agama Buddha.

Kes Bakar Mayat Mualaf, KKM Akui Kecuaian


Menurutnya, perkara itu dilihat sebagai isu sensitif kerana melibatkan isu agama dan tidak seperti kes di Pulau Pinang itu yang melibatkan dua agama.

"Kali ini berbeza kerana ia melibatkan emosi memandangkan isu jenazah dekat di hati khususnya saudara mara berkaitan. Saya amat sedih atas kejadian itu," katanya.

Kes Bakar Mayat Mualaf, KKM Akui Kecuaian. Ditanya bila laporan siasatan akan siap, Dr Subramaniam berkata siasatan itu yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah  dan ia dijangka dapat disiapkan segera kerana ia bukan  merupakan kes siasatan yang panjang. - bernama



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...