Friday, 2 June 2017

Giliran Pemimpin BN Pula Berpolitik Dalam Masjid?

Giliran Pemimpin BN Pula Berpolitik Dalam Masjid? Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam ucapannya di Masjid Jamek Shah Alam, Jalan Tun Razak hari ini menyentuh mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Parlimen PKR Sivarasa Rasiah.

Menteri Wilayah Persekutuan di situ untuk berbuka puasa bersama hadirin dan menyerahkan sumbangan sempena program Nur Ramadan Wilayah Persekutuan yang diadakan di kawasan masjid. Turut hadir, timbalannya Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Giliran Pemimpin BN Pula Berpolitik Dalam Masjid? “Lihat perdana menteri semalam umumkan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk ringankan beban rakyat berbelanja pada bulan ini. Ini pemimpin yang kita ada – selalu fikir masalah rakyat,” katanya.

“Saya bukan cakap politik. Sivarasa cakap politik,” tambahnya. Beliau menyifatkan Ahli Parlimen PKR itu sebagai ahli politik yang ketagih berpolitik.

“Inilah puak ketagih yang tak ada program, yang tak pernah jumpa rakyat dia jadi ketagih. Bila ketagih mereka lakukan apa yang boleh menghilangkan ketagihan mereka.”

Sivarasa didakwa mencemarkan kesucian Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang apabila memberi ceramah berkaitan politik di masjid itu, Rabu lalu.

Giliran Pemimpin BN Pula Berpolitik Dalam Masjid?


Ahli Parlimen Subang itu bagaimanapun menafikan beliau memberi ceramah, sebaliknya menyatakan hanya menyampaikan ucapan ringkas mengenai komitmen kerajaan Selangor untuk terus membimbing institusi surau dan masjid di negeri berkenaan.

Sivarasa berkata beliau berada di situ untuk acara penyampaian sumbangan RM71,000 kepada wakil surau dan masjid dalam kawasannya atas kapasiti wakil rakyat.

Sementara itu, Tengku Adnan turut menyentuh mengenai situasi penyalahgunaan lesen hiburan keluarga oleh pengusaha perjudian haram.

“Di Wilayah Persekutuan saya tanya dengan datuk bandar…lesen hiburan keluarga dah beku lama. Kita tahu ini punca tempat perjudian.

Giliran Pemimpin BN Pula Berpolitik Dalam Masjid? “Apa yang berlaku di negeri Selangor? Rakyat Selangor pun ketagih pusat judi,” katanya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




2 comments:

  1. Kayu ukur sentiasa berbeza, namun jangan risau kerana rakyat yang cerdik nampak semua perkara tersebut.

    ReplyDelete
  2. Yang dilarang hanya ucapan pemimpin kerajaan (PH) sahaja, pemimpin pembangkang dibenarkan..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...