Monday, 19 June 2017

DUN Pujut : BN Sarawak Kemuka Rayuan

DUN Pujut : BN Sarawak Kemuka Rayuan. Ketua Menteri Sarawak berkata Barisan Nasional (BN) negeri akan merayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengisytiharkan sebagai batal dan tidak sah perlucutan kelayakan Dr Ting Dr Tiong Choon sebagai Adun Pujut oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Tinggi tetapi akan merayu di Mahkamah Persekutuan.

DUN Pujut : BN Sarawak Kemuka Rayuan.  “Kami akan umumkan keputusan (merayu). Mahkamah (Tinggi) lebih memfokus kepada perkara undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Hari Raya kepada 400 penerima pada Program Ihsan Ramadan Satok di sini hari ini.

Abang Johari bagaimanapun berkata beliau tidak tahu bila rayuan akan difailkan kerana ia perlu dibincangkan dengan Peguam Negeri terlebih dahulu.

DUN Pujut : BN Sarawak Kemuka Rayuan


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun semalam memutuskan sebagai tidak sah keputusan DUN itu melucutkan kelayakan Tiong Choon sebagai Adun Pujut pada 12 Mei atas alasan beliau mempunyai dua kerakyatan (Malaysia dan Australia).

Mahkamah mengembalikan kedudukan beliau sebagai Adun Pujut, dan pilihan raya kecil tidak akan diadakan.

DUN Pujut : BN Sarawak Kemuka Rayuan. Hakim juga mengarahkan speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, selaku defendan pertama dan kedua membayar RM100,000 kepada plaintif sebagai kos mahkamah. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...