Monday, 12 June 2017

Cukai Pelancongan Tak Hormat Sabah, Sarawak

Cukai Pelancongan Tak Hormat Sabah, Sarawak. Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan), Azis Jamman berkata pelaksanaan cukai pelancongan bukti Umno tidak memahami sensitiviti rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan cukai ini, kerajaan terlepas pandang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), menunjukkan ia tidak berniat untuk memenuhinya.

Cukai Pelancongan Tak Hormat Sabah, Sarawak. “Cukai pelancongan dilaksanakan tanpa mengambil pandangan kedua-dua negeri, seolah-olah Sabah dan Sarawak hanya penumpang yang mengikuti kehendak Umno dari Semenanjung,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Katanya, cukai ini hanya menambah beban kepada Sabah dan Sarawak, yang sudah terjejas dengan penarikan balik subsidi dan GST.

Azis juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberi “harapan palsu” kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Cukai Pelancongan Tak Hormat Sabah, Sarawak


Beliau juga mempersoalkan kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan hasil daripada cukai itu akan disalurkan kembali kepada negeri mengikut kutipan mereka, menunjukkan kerajaan mengamalkan pilih kasih.

“Mengapa sistem ini tidak digunakan pemimpin Umno dalam pengagihan semula hasil minyak kepada Sabah dan Sarawak sementara negeri-negeri di Semenanjung, kecuali Terengganu yang tidak menyumbang sebarang hasil minyak?

“Apabila raja Arab Saudi datang ke Malaysia, Najib menghantar pelaburan ke Johor yang tidak mempunyai minyak,” katanya.

Beliau berkata bekas timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan pernah mengatakan hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat.

“Selepas 1 tahun, bukan sahaja kita tidak melihatnya, tetapi hasil GST digunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB.

“Sekarang Nazri menggunakan perkataan yang sama apabila menyatakan pendapatan (daripada cukai pelancongan) akan diberikan kepada rakyat. Bolehkah sekali lagi kita mempercayai Umno apabila ia melibatkan wang? ”

Cukai Pelancongan Tak Hormat Sabah, Sarawak

Aziz juga berpendapat gabungan Barisan Nasional (BN) tidak boleh membentuk kerajaan tanpa penyertaan ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Katanya, pilihan raya umum (PRU-14) akan menjadi platform untuk Sabah dan Sarawak “bersatu dan mengajar Umno tentang hormat dan sensitiviti”.

Cukai pelancongan baharu akan berkuat kuasa 1 Julai.

Apabila ia dilaksanakan, penduduk tempatan dan warga asing perlu membayar levi kepada pengusaha, berdasarkan jumlah bilik dan berapa malam, pada kadar yang sama.

Cukai Pelancongan Tak Hormat Sabah, Sarawak. Cukai untuk hotel tidak bertaraf adalah RM2.50, manakala cukai untuk hotel 2 bintang adalah RM5, 3 bintang RM10, 4 bintang RM15 dan 5 bintang RM20. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




1 comment:

  1. Sabah dan Serawak....beruntung juga belum lagi jalan disana dilaksanakan sistem tol macam disemenanjung.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...