Tuesday, 13 June 2017

Bonus Raya Penjawat Awam Selangor 2017

Bonus Raya Penjawat Awam Selangor 2017. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri yang akan dibayar 21 Jun ini.

Beliau berkata seramai 17,703 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan kewangan khas itu yang membabitkan peruntukan RM63.3 juta.

Bonus Raya Penjawat Awam Selangor 2017.  "Ini adalah tanda penghargaan kepada penjawat awam di atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memaju dan membangunkan negeri Selangor.

"Dan ini juga adalah berdasarkan prestasi kewangan semasa dan sebab itu kita bersetuju memberikan bantuan ini kepada penjawat awam," katanya ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan Penjawat Awam bersama Menteri Besar Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak di Shah Alam.

Beliau berharap pemberian bantuan khas itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam negeri bagi persiapan menyambut Aidilfitri.

Bonus Raya Penjawat Awam Selangor 2017


Dalam pada itu Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri Selangor turut bercadang untuk memberikan satu lagi insentif kewangan kepada penjawat awam pada penghujung tahun ini, namun ia tertakluk kepada prestasi jabatan dan anggota perkhidmatan awam negeri.

Bonus Raya Penjawat Awam Selangor 2017.  "(Jumlah) insentif itu akan kita umumkan kelak dan ia bergantung kepada prestasi jabatan dan anggota. Sekiranya mereka berkhidmat dengan lebih cemerlang, sudah tentu mereka mendapat ganjaran lebih besar," katanya. - bernama




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




4 comments:

  1. Wahhh raya sakan penjawat awam Selangor tahniah!!! harap Pakatan Harapan menang PRU14 dapat hapuskan tol dalam negeri Selangor...hihihihi

    ReplyDelete
  2. Banyak yg Kerajaan PR buat untuk Selangor. Namun kena hati hati juga ... musuh mencari kelemahan.
    Yang penting jgn ada Rasuah... kronism dll

    ReplyDelete
  3. Untung betul keje dgn gomen sgor

    ReplyDelete
  4. Staff air selangor ada dapat ke

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...