Monday, 5 June 2017

Berita Gembira Dari Proton - Geely Auto

Berita Gembira Dari Proton - Geely Auto. Faktor skala ekonomi yang tidak dapat dilaksanakan pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd bagi jangka masa lama, kini dapat dicapai melalui pemeteraian perjanjian pakatan strategik baru-baru ini dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely Holding) yang berpangkalan di China, menurut pengarah institut penyelidikan hari ini.

Dr Irwan Shah Zainal Abidin, Pengarah Institut Penyelidikan Perbankan dan Kewangan Asia di Universiti Utara Malaysia berkata, dengan perjanjian itu, rakyat Malaysia juga boleh menjangkakan penurunan harga kereta secara berperingkat pada masa akan datang, matlamat utama Dasar Automotif Nasional (NAP).

Berita Gembira Dari Proton - Geely Auto. “Saya melihat kerjasama itu sebagai peluang besar bagi Geely melalui Proton untuk mengakses pasaran Asean yang mempunyai 600 juta penduduk. Bagi Proton, ia merupakan peluang untuk menembusi pasaran China yang luas,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, transformasi Volvo dalam tempoh kurang 5 tahun selepas diambil alih pengeluar kereta dari China itu akan dilaksanakan di Proton juga, berikutan Geely adalah entiti dipacu pasaran.

Berita Gembira Dari Proton - Geely Auto


Rekod prestasi syarikat itu menunjukkan ia sudah memulihkan beberapa pengeluar kereta bermasalah. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...