Monday, 12 June 2017

Arab Saudi Haramkan Semua Buku Dr Yusuf Al-Qaradawi

Arab Saudi Haramkan Semua Buku Dr Yusuf Al-Qaradawi. Arab Saudi semalam mengarahkan pengharaman semua buku yang ditulis oleh pakar fiqh terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi, lapor agensi berita Anadolu dari Turki.

Surat Kementerian Pendidikan Arab Saudi yang ditanda tangani menterinya, Ahmed Bin Mohammed Al-Issa, turut mengarahkan semua judul karangan Qaradawi dikeluarkan daripada sekolah, universiti dan perpustakaan.

Arab Saudi Haramkan Semua Buku Dr Yusuf Al-Qaradawi. Ia beberapa hari selepas Riyadh, yang mengetuai kempen menentang Qatar, menamakan Qaradawi sebagai “pengganas”.

Qaradawi, ulama kelahiran Mesir, sudah sekian lama hidup dalam buangan dan menjadikan Doha sebagai pengkalannya.

Beliau menerima pengiktirafan kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia, yang menganugerahkan kepadanya Tokoh Maal Hijrah pada 2009.

Fatwa dan karangan beliau kerap dijadikan rujukan seluruh dunia bagi merungkai isu semasa melibatkan syariah dan masalah fiqh.


Arab Saudi Haramkan Semua Buku Dr Yusuf Al-Qaradawi


Bukunya Al-Halal Wal-Haram fi Islam (Halal dan Haram Dalam Islam) menganjurkan kesederhanaan dan penggunaan akal beserta dalil sah, apabila berdepan persoalan fiqh semasa, dan diterjemahkan ke dalam hampir semua bahasa yang dituturi umat Islam sedunia.

Dengan lebih 120 buku, beliau merupakan antara sarjana Islam yang paling berpengaruh di abad ini. Pada 2009, Qaradawi disenaraikan sebagai antara 500 individu Muslim yang paling berpengaruh di dunia.

Kritikan Qaradawi terhadap beberapa regim Arab dan pandangan sederhana beliau mengenai perbezaan mazhab bagaimanapun tidak disenangi beberapa ulama yang beraliran Wahabi, aliran yang mendominasi dasar kerajaan Saudi.

Arab Saudi Haramkan Semua Buku Dr Yusuf Al-Qaradawi


Baru-baru ini, sebanyak 59 individu dan 12 pertubuhan dituduh terlibat mendokong keganasan dalam senarai yang dikeluarkan Arab Saudi dan beberapa kuncu Amerika Syarikat seperti Bahrain, Mesir dan UAE, dalam usaha meningkatkan serangan diplomatik ke atas Qatar. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...