Saturday, 24 June 2017

Anuar Musa Dedah Tembelang The Wall Street Journal

Anuar Musa Dedah Tembelang The Wall Street Journal. The Wall Street Journal (WSJ) telah berusaha untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Umno sejak beberapa dekad. Kini tokoh-tokoh Amerika Syarikat (AS) menyatakan WSJ menjual berita palsu.

Selama beberapa dekad, WSJ menyerang kerajaan yang dipimpin oleh Umno . Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam menepis dan menapis berita palsu, pembohongan bermotivasi politik dan penyelewengan yang diterbitkan oleh WSJ.

Anuar Musa Dedah Tembelang The Wall Street Journal. Akhbar propaganda Israel itu menyasarkan kerajaan pimpinan Umno yang mengambil-alih tampuk pimpinan di Malaysia.

WSJ mengutuk kerajaan pimpinan Umno kerana menyokong pembangunan orang Melayu serta kaum-kaum lain di negara ini.

WSJ berhasrat mengenakan agenda ekstremis sekular liberalnya sendiri di Malaysia, dan telah memperlihatkan pilih kasih yang terang-terangan terhadap pembangkang semenjak sekurang-kurangnya 19 tahun yang lalu.

WSJ juga merupakan penyokong tegar peperangan haram Iraq yang telah menghancurkan Timur Tengah, memusnahkan sebuah negara, menyebabkan beratus-ratus ribu kematian dan bertanggungjawab secara langsung terhadap kebangkitan IS.

WSJ sama sekali tidak bertanggungjawab dan tidak mahu dipersalahkan akibat penyebaran berita palsunya itu.

Malangnya, ramai orang di seluruh dunia tidak menyedari hakikat siapa WSJ yang sebenarnya. Tetapi Malaysia tidak bersendirian dalam mengetahui bahawa WSJ tidak boleh dipercayai. Ramai orang Amerika juga sudah mengenalinya.

Senator Demokrat terkenal, Al Franken, menggambarkan WSJ sebagai "sengaja mengelirukan" dan merujuk kepada "putar belit WSJ yang norma”.

Putar belit ialah perkataan yang sering dikaitkan dengan WSJ.

Anuar Musa Dedah Tembelang The Wall Street Journal


Ini ialah corak yang sering ditonjolkan. The Huffington Post menuduh WSJ menerbitkan gambaran yang terang-terangan salah dan menyeleweng fakta "untuk mengalakkan peperangan dan sekatan.... yang akan membuatkan orang biasa kebuluran."

Obsesi ideologi

Pusat Kemajuan Amerika menuduh WSJ melakukan putar belit yang sengaja "atas sebab obsesi ideologi." Kumpulan pemikir terkenal dunia itu merujuk kepada "WSJ yang pernah dihormati satu ketika dahulu" sebagai melakukan "penyebaran maklumat salah yang disengajakan."

Bagaimanakah WSJ boleh melakukannya? Majalah Salon menuduh WSJ cuba "untuk mencemarkan nama baik dan menyingkir sesiapa yang tidak dapat dikendalikannya."

Ketua Bridgewater, Ray Dalio, pelindung nilai dana terbesar dunia, turut memberi pandangan.

Dalio telah mencirikan laporan WSJ sebagai penuh dengan putar belit yang disengajakan.

Beliau juga menyatakan WSJ ialah sebahagian daripada wabak berita palsu dan putar belit yang mengancam kesejahteraan masyarakat.

Beliau menyatakan bahawa: "Sensasionalisme dan komersialisme telah menggantikan ketepatan dan integriti kewartawanan sebagai objektif utama.

"Ramai, jika tidak majoriti, "wartawan" cuba menulis artikel yang mereka ingin tulis dan suka sesuaikan fakta-fakta ke dalam artikel tersebut daripada mengumpul fakta-fakta bagi melaporkan dengan tepat gambaran sebenar."

Bilangan wartawan sejati yang berusaha untuk menyampaikan maklumat tepat, katanya, "merupakan peratusan yang semakin mengecil daripada jumlah keseluruhan."

"Kegagalan untuk membetulkan masalah ini disebabkan oleh tiadanya pemeriksaan sistematik terhadap kualiti berita media."

Rakyat Malaysia kadang-kadang terkejut apabila akhbar-akhbar AS boleh menyiarkan pembohongan, dan mereka sangka bahawa akhbar-akhbar itu akan dipaksa untuk menarik balik dan membetulkan kesilapan atau fabrikasi tersebut.

Anuar Musa Dedah Tembelang The Wall Street Journal


Tetapi Dalio menyatakan bahawa di Amerika tidak seorang pun boleh menghalang pencetakan akhbar seperti WSJ. Akhbar boleh mencetak apa sahaja yang dikehendakinya.

Saluran propaganda

"Berita media adalah unik kerana merupakan satu-satunya industri yang beroperasi tanpa kawalan kualiti atau pemeriksaan kuasa. Media mempunyai kuasa tanpa kawalan yang besar sehingga orang-orang dan syarikat yang berkuasa pun takut untuk menentangnya, kerana tidak mahu terlibat dengan tuduh-menuduh."

Dalio menuduh Bradley Hope, wartawan yang sering menulis mengenainya untuk WSJ, sebagai seorang yang mempunyai "sejarah menulis cerita mengelirukan" dan bergantung kepada "orang yang tidak berpuas hati secara berlebihan".

Ini termasuk ramai orang yang telah berusaha keras untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipilih secara demokratik.

Sudah tentu, WSJ gembira untuk mendekati mereka tanpa menghiraukan ketepatan atau kebenaran.

Seperti kata Dalio: Wartawan WSJ memilih "untuk tidak menyampaikan berita yang tidak sesuai dengan apa yang mereka ingin tulis".

Menjawab esei Dalio mengenai WSJ, seorang lagi ahli perniagaan Amerika menyifatkan akhbar itu sebagai "cuba untuk menjadi program realiti lebih daripada organisasi berita."

Itu mungkin menyeronokkan jika pembohongan dan penyelewengan tidak memberi kesan.

Terlalu ramai orang percayakan berita palsu.

Sudah terlalu lama WSJ menjaja berita palsu mengenai Malaysia yang dibekalkan oleh individu demi kepentingan diri sendiri.

Individu itu sanggup melihat negara sendiri terjejas demi melayani kepentingan peribadi dan politik mereka.

Rakyat Malaysia harus mendengar suara rakyat Amerika yang tahu bahawa WSJ mengabaikan fakta dalam mengejar agenda politik partisannya sendiri.

WSJ telah menjadi saluran propaganda dan kenderaan untuk parti lawan memburukkan kerajaan Malaysia.

Anuar Musa Dedah Tembelang The Wall Street Journal. Sekarang rakyat Amerika mendedahkan WSJ sebagai penyebar berita palsu sebagaimana yang telah lama kita perkatakan, maka rakyat Malaysia tidak sepatutnya percayakan WSJ lagi. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




4 comments:

  1. Kalau dah tahu wsj tu penyebar berita palsu apapasal tak saman. Saman lar. Sembang sapa pun boleh. Nuar Musa hangpa percaya patut lar kena tipu memanjang

    ReplyDelete
  2. percaya pada hamno saja???lama kelamaan seluar dalam pun tak mampu beli.

    ReplyDelete
  3. Bro ,saman je kalau palsu. Kan maruah negara tu.

    ReplyDelete
  4. Aku rakyat Malaysia juga dengan ini mendedahkan bahawa TV3 juga biasa membawa banyak berita palsu bercampur sedikit berita benar

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...