Thursday, 8 June 2017

4 Datuk Ditahan SPRM

4 Datuk Ditahan SPRM. Enam individu termasuk 4 bergelar “Datuk” ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mendaftar peminjam di bawah naungan mereka dalam sebuah syarikat MLM.

SPRM dalam kenyataannya berkata mereka yang ditahan adalah pengerusi, setiausaha, bendahari, seorang anggota lembaga koperasi dan isterinya selain seorang individu daripada syarikat pembekal.

4 Datuk Ditahan SPRM.  “Semua suspek disyaki memperdaya tidak kurang daripada 450 anggota koperasi di bawah naungan mereka yang menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit bagi ahli lembaga berkenaan.

“Ahli koperasi tidak mengetahui yang mereka meminjam dan kemudian melabur dalam syarikat MLM itu yang didaftarkan di bawah naungan ahli lembaga berkenaan,” kata SPRM.

Bagaimanapun, SPRM tidak menyatakan lokasi, masa dan umur semua suspek yang ditahan.

Menurut SPRM semua yang ditahan itu juga disyaki menyalah guna kuasa dengan berpakat dengan seorang individu sebuah syarikat pembekal barang keperluan pengguna bagi membolehkan koperasi berkenaan membeli dahulu barangan daripada syarikat pembekal sebelum menjual semula kepada syarikat pembekal yang sama.


4 Datuk Ditahan SPRM


“Transaksi ini berlaku hanya di atas kertas sahaja. Apabila ahli koperasi mahu membeli barangan itu, mereka perlu membuat pinjaman koperasi dan syarikat pembekal akan menjual barangan kepada ahli berkenaan.

“Kemudian pihak pembekal akan mengeluarkan invois tuntutan bayaran kepada koperasi berkenaan,” menurut kenyataan SPRM.

SPRM menyatakan rasuah disyaki berlaku apabila syarikat pembekal menjual pada harga tinggi kepada koperasi dan syarikat itu menggunakan sebahagian daripada keuntungan untuk membayar kepada ahli lembaga koperasi yang terlibat.

SPRM dijangka memohon perintah reman terhadap 6 individu itu hari ini.

4 Datuk Ditahan SPRM.  Semasa dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...