Friday, 26 May 2017

Wanita Pijak Anak Kerana Sosej

Wanita Pijak Anak Kerana Sosej. Seorang wanita di China yang dikecam selepas dia memijak anak perempuanya berusia dua tahun di khalayak ramai tampil menjelaskan mengapa dia berbuat demikian.

Lebih 100 laporan polis dibuat terhadap Huang Xiao Xiao selepas rakaman yang berlaku pada 9 Mei lalu di daerah Xiaoshan, wilayah Zhejiang tular.

Huang 36, berkata, dia kecewa selepas gagal mendapatkan kerja pada hari kejadian dan menggunakan baki wang 20 yuan (RM12) untuk membelikan anaknya sosej.

Wanita Pijak Anak Kerana Sosej. Anaknya itu kemudian meludah kembali makanan itu mungkin kerana panas atau tidak suka akan rasanya.

Huang berkata, dia hilang pertimbangan dengan tindakan anaknya itu hinga menyebabkan dia bertindak menolak dan memijaknya.

Ibu tunggal dari Hunan tinggal di jalanan bersama anak perempuanya selepas berpindah keluar dari rumah ibu bapanya.

Dia gagal mendapatkan pekerjaan ekoran majikan enggan mengambilnya bekerja selepas melihat anaknya.

Wanita Pijak Anak Kerana Sosej


Huang mengalami kemurungan selepas melahirkan anak perempuan. Bekas suaminya mendapatkan hak penjagaan untuk anak sulungnya.

Huang mengaku sering hilang pertimbangan dan kadang-kadang melepaskan tekanan kepada anaknya namun dia berkata, dia sentiasa berasa menyesal kemudian.

Kata Huang lagi,  jika ada makanan, dia akan memberi makan kepada anaknya terlebih dahulu manakala dia hanya akan minum air.

Polis berkata, organisasi kebajikan akan membantu mereka.

Wanita Pijak Anak Kerana Sosej. Selepas melihat video berkenaan, bekas suami Huang akan memohon hak penjagaan kanak-kanak itu, lapor Asia News Network. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...