Wednesday, 3 May 2017

Umno Sukar Menang Di Kelantan.. Ini Sebabnya

Umno Sukar Menang Di Kelantan.. Ini Sebabnya. Umno sukar memenangi Kelantan walaupun rata-rata rakyatnya tidak berpuas hati dengan kerajaan PAS, kerana pemikiran mereka sudah terbentuk untuk menolak parti Melayu itu.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata rakyat Kelantan akan tetap menolak Umno walaupun mereka menyedari keadaan ekonomi negeri yang mundur dan kezaliman terhadap Orang Asli di bawah kerajaan sedia ada.

Umno Sukar Menang Di Kelantan.. Ini Sebabnya.  “Rakyat gelisah tetapi pada masa yang sama sukar Umno ambil alih Kelantan kerana dah jadi ‘mindset’ orang Kelantan mereka tak menerima Umno,” katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat Perkasa hari ini.

Menurut Ibrahim, mentaliti “ulat dalam batu pun boleh hidup” akan mendorong rakyat Kelantan mengambil risiko meneruskan pemerintahan PAS untuk beberapa penggal lagi.

Ini kerana rakyat negerinya tidak boleh menerima kepimpinan lain di Kelantan selain PAS, walau banyak mana pun projek pembangunan dibawa Barisan Nasional ke negeri itu.

“Macam-macam yang mereka lemparkan tuduhan terhadap Umno Kelantan. Sebab mereka tak suka kepada cara kepimpinan Umno di bahagian-bahagian, mereka undi PAS,” katanya.

Umno Sukar Menang Di Kelantan.. Ini Sebabnya


Baru-baru ini, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mengingatkan Umno supaya tidak terlalu selesa, walaupun Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah percaya BN mempunyai peluang cerah untuk menamatkan penguasaan 27 tahun kerajaan PAS di Kelantan.

Kali terakhir Umno menguasai Kelantan adalah pada pilihan raya 1986, yang menyaksikan PAS mencatatkan keputusan paling teruk dalam sejarah politiknya – 1 kerusi Parlimen.

Kenaikan Datuk Fadzil Noor sebagai presiden PAS pada 1989 menyaksikan usaha menyederhanakan retorik parti dan pada pilihan raya 1990, bersama parti serpihan Umno, Semangat 46, berjaya merampas semua kerusi negeri.

Umno Sukar Menang Di Kelantan.. Ini Sebabnya.  PAS mengekalkan dominasi politik negeri Kelantan sehingga hari ini. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...