Thursday, 11 May 2017

Tunku Mahkota Johor Berat Hati Hantar Harimau Malaya Ke Pyongyang

Tunku Mahkota Johor Berat Hati Hantar Harimau Malaya Ke Pyongyang. Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau berat hati untuk melepaskan pemain Malaysia ke Pyongyang, tetapi memberi amaran sekiranya FAM tidak setuju, ia akan menghadiahkan kemenangan percuma kepada Korea Utara dalam perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 bulan depan.

“Tambahan lagi kita juga akan didenda sehingga AS$50,000 dan akan disingkirkan daripada pertandingan piala kelayakan di Asia.

Tunku Mahkota Johor Berat Hati Hantar Harimau Malaya Ke Pyongyang. “Lebih membimbangkan adalah besar kemungkinan juga kita akan disingkirkan daripada mana-mana perlawanan AFC pada masa akan datang,” kata TMJ, yang berkata beliau menerima maklumat tentang pengadilan perlawanan yang bakal menghadapi kesukaran disebabkan tekanan daripada regim dipimpin Kim Jong Un itu.

Dua hari lepas, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perlawanan antara Malaysia dan Korea Utara yang ditangguhkan itu akan berlangsung di Pyongyang pada 8 Jun.

“Selepas mendapat pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia yang tidak ada sebarang sekatan perjalanan, AFC bersetuju perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B kini akan diadakan di Pyongyang, Korea Utara pada 8 Jun 2017,” kata AFC dalam kenyataan.


Tunku Mahkota Johor Berat Hati Hantar Harimau Malaya Ke Pyongyang


Hubungan diplomatik kedua-dua negara tegang berikutan pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Februari. Masing-masing juga memanggil balik duta mereka.

TMJ menjelaskan, Putrajaya tidak pernah mengeluarkan sekatan perjalanan, cuma nasihat mengenai perjalanan (Travel Advisory).

“Itu tidak mencukupi untuk AFC untuk menukarkan venue perlawanan asal ke venue neutral,” katanya.

Beliau berkata beliau tidak setuju pemain Malaysia bermain di Pyongyang, tetapi ia terpulang pada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Tunku Mahkota Johor Berat Hati Hantar Harimau Malaya Ke Pyongyang. “Kami harus membuat keputusan untuk meletakkan keselamatan rakyat sebagai agenda pertama dan bukan membuat keputusan berdasarkan situasi politik. Perkara ini terletak kepada apa kerajaan Malaysia dan penyokong bola sepak tanah air inginkan.” - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...