Wednesday, 24 May 2017

Tragedi Manchester, Angka Korban Meningkat

Tragedi Manchester, Angka Korban Meningkat. Militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap pengeboman di Manchester Arena tetapi tidak mengemukakan sebarang bukti berkaitan, kata unit anti-pengganas Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan CNN, militan Daesh memuatnaik satu kenyataan melalui Telegram mengatakan 'askar khalifahnya yang meletakkan bom' di Manchester Arena, malam semalam.

Tragedi Manchester, Angka Korban Meningkat. Kenyataan tersebut tidak menyertakan sebarang foto, menyebut nama atau maklumat lanjut yang lain.

Setakat ini, angka korban pengunjung konsert Ariana Grande tersebut meningkat kepada 22 orang.

Ratu Elizabeth pula mengucapkan simpati dan terima kasih kepada warga Britain yang memberikan kerjasama dalam kejadian tersebut.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas kecemasan yang membantu dengan penuh ihsan dan profesional," kata Ratu Elizabeth.

Tragedi Manchester, Angka Korban Meningkat


Sementara itu, polis Greater Manchester menahan seorang lelaki berumur 23 tahun yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengeboman berkenaan.

"Seorang lelaki ditahan di Arndale Centre," kata polis melalui akaun Twitter @gmpolice.

Perdana Menteri, Theresa May berkata, polis percaya pengebom bertindak seorang diri, tetapi masih dalam proses mengesahkan perkara tersebut.

Tragedi Manchester, Angka Korban Meningkat. Identiti pengebom juga telah dikenal pasti tetapi tiada sebarang nama didedahkan. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...