Wednesday, 3 May 2017

Speaker Dewan Rakyat Bertanding Kerusi Rahman Dahlan?

Speaker Dewan Rakyat Bertanding Kerusi Rahman Dahlan? Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang mempertimbangkan aktif semula dalam politik, dan menyatakan hasratnya bertanding di kerusi negeri atau Parlimen di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

The Daily Express melaporkan Pandikar, 64, anak kelahiran Kota Belud, sedang menyasarkan salah satu kerusi DUN baru yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam persempadanan semula.

Speaker Dewan Rakyat Bertanding Kerusi Rahman Dahlan? “Saya melihat banyak perkara dalam politik, sama ada di peringkat persekutuan dan negeri. Dengan pengalaman dan rangkaian politik seluruh negara, banyak perkara yang saya boleh sumbangkan kepada kestabilan politik Sabah,” katanya.

Pandikar berkata beliau teringin berada di Dewan Rakyat sebagai ahli Parlimen.

“Selepas 9 tahun sebagai speaker yang mengetuai persidangan Parlimen Komanwel dan memberi arahan, komen dan pesanan kepada wakil rakyat supaya ‘duduk’, saya berhasrat berada dalam Parlimen dan disuruh ‘duduk’,” kata Pandikar.

Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai wakil rakyat pada 1982, memenangi kerusi DUN Usukan sebagai calon Usno, selepas mengalahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang ketika itu bersama parti Berjaya.

Speaker Dewan Rakyat Bertanding Kerusi Rahman Dahlan?


Pandikar kemudian beralih ke kerusi Tempasuk, tetapi memutuskan tidak mempertahankan kerusinya pada PRU 1999.

Beliau juga pernah menjadi speaker DUN Sabah dari 1986 hingga 1988.

Sekiranya beliau bertanding untuk kerusi Parlimen, spekulasi yang bertiup kencang mengatakan beliau mungkin akan diberikan Kota Belud iaitu kampung halamannya, yang kini disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

The Daily Express turut melaporkan Pandikar hadir di hampir semua majlis kerajaan di Kota Belud, yang dikenali sebagai “Cowboy Town” Sabah, kerana penduduk Bajau menunggang kerbau di sana.

Desas desus juga dikatakan Rahman akan dipindahkan ke Sepanggar.

“Rahman akhir-akhir ini mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat bahagian Umno dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional di Sepanggar, kerusi yang kini dipegang ahli Umno yang digantung iaitu Jumat Idris.


Speaker Dewan Rakyat Bertanding Kerusi Rahman Dahlan?


“Sepatutnya Rahman bertanding di Sepanggar, manakala Jumat boleh mengisi kekosongan kerusi DUN yang baru iaitu Darau,” kata akhbar itu.

Pandikar merupakan bekas presiden Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (Usbo), sebuah persatuan yang pernah diketuai Salleh.

Pada 2012, terdapat spekulasi Pandikar mungkin kembali mengambil kerusi DUN pada PRU13 kerana beliau disebut-sebut menggantikan Datuk Seri Musa Aman sebagai ketua menteri Sabah. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...