Thursday, 4 May 2017

Selepas Dikritik, Pakatan Harapan Ajak Orang Ramai Rekabentuk Logo

Selepas Dikritik, Pakatan Harapan Ajak Orang Ramai Rekabentuk Logo. Pakatan Harapan mengalu-alukan cadangan logo baharu untuk digunakan pada pilihan raya umum akan datang, selepas 3 cadangan logo yang diumumkan semalam mendapat reaksi negatif daripada orang ramai.

Dalam kenyataannya hari ini, gabungan itu berkata reka bentuk baharu boleh dihantar ke alamat emel logo@pakatanharapan.my dalam bentuk “outlined vector” menggunakan Adobe Illustrator, sebelum 10 pagi, 9 Mei 2017.

Selepas Dikritik, Pakatan Harapan Ajak Orang Ramai Rekabentuk Logo. “Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah secara jelas memberi komen, maklumbalas, kritikan serta cadangan yang membangun,” kata gabungan itu.

Ia turut memberikan beberapa garis panduan, antaranya logo perlu mengambil kira konsep “harapan”, “demokrasi”, “keadilan”, “integriti” dan “perpaduan”.

“Sebaik mungkin, logo perlulah terdiri daripada dua warna, dan perlu disertakan versi hitam-putih untuk tujuan paparan di kertas undi,” katanya.

Selepas Dikritik, Pakatan Harapan Ajak Orang Ramai Rekabentuk Logo


Semalam, muat naik 3 rekabentuk logo Pakatan Harapan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menerima pelbagai kritikan dan sindiran tajam daripada pengguna Facebook.

Tiga logo itu disenarai pendek Majlis Presiden gabungan itu minggu lalu.

Dua daripada 3 logo itu menunjukkan grafik separa matahari dengan perkataan “Harapan” di bawahnya, masing-masing dengan latar belakang kuning dan merah.

Satu lagi logo menunjukkan gambar ibu jari menuding ke atas (thumbs up) dengan perkataan “Pakatan Harapan”.

Selepas Dikritik, Pakatan Harapan Ajak Orang Ramai Rekabentuk Logo. Gabungan itu dijangka membuat keputusan dalam masa 2 minggu. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...