Friday, 5 May 2017

Rakyat Akan Faham Kerjasama PAS Umno Dakwa Hadi

Rakyat Akan Faham Kerjasama PAS Umno Dakwa Hadi. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kehadiran beliau pada majlis pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam adalah permulaan kepada politik matang antara parti itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Marang itu turut berterima kasih kepada Shabery atas undangan untuk menghadiri program tersebut.

Rakyat Akan Faham Kerjasama PAS Umno Dakwa Hadi. “Terima kasih kerana beri peluang untuk saya sama-sama menyertai program ini yang sangat bermakna untuk semua, untuk orang politik, dapat kembali semula kepada politik matang.

“Kerjasama hari ini (PAS dan Umno) adalah politik matang, politik yang tidak berkelahi, politik kepentingan bersama. Politik boleh berbeza pendapat tapi untuk apa sahaja isu kepentingan rakyat, kita mesti bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan proses melabuhkan tukun tiruan iaitu kerangka pelantar minyak milik Petronas yang dileraikan di perairan Pulau Kapas, semalam.

Ditanya sama ada kerjasama Umno dan PAS itu akan menimbulkan persepsi negatif dan perasaan kurang senang pihak tertentu, Hadi berkata ia akan difahami oleh mereka terutama rakyat di peringkat akar umbi.

Rakyat Akan Faham Kerjasama PAS Umno Dakwa Hadi


“Insya Allah rakyat akan faham bila rakyat menyedari yang kepentingan dan hak mereka dijaga dengan baik. Rakyat boleh berfikir dengan matang di dalam perkara ini kerana pelaksanaan secara praktikal itu lebih penting berbanding teori.

“Apa yang berlaku, kita kena ingat negara kita ini warisan penjajah yang banyak benda negatif perlu dihapuskan, perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kita kena hentikan, tarik ‘hand brake’ dan menyelamatkan negara dan rakyat. Itu lebih penting, mengatasi segala-galanya,” katanya.

Sementara itu, Shabery berkata beliau memaklumkan kerjasama Hadi dalam program itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Perdana menteri bukan sahaja merestui, malah beliau awal-awal lagi mendoakan agar program ini berjalan dengan lancar dan mengirimkan salam kepada tuan guru (Hadi).

Rakyat Akan Faham Kerjasama PAS Umno Dakwa Hadi


“Insya Allah akan ada lagi program bersama melibatkan pemimpin Umno dan PAS demi kepentingan rakyat pada masa akan datang… saya akan maklumkan,” katanya.

Shabery dalam ucapannya berkata walaupun berbeza pendapat, pemimpin atasan Umno dan PAS tetap akan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya.

“Kita boleh lihat sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di atas pentas sama bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas isu Rohingya.

“Tetapi yang sukar ialah untuk merapatkan hati-hati dalam kalangan kita rakyat di peringkat bawah. Namun, hari ini telahpun menjadi kenyataan,” katanya.

Rakyat Akan Faham Kerjasama PAS Umno Dakwa Hadi. Terdahulu Shabery yang tiba di Marang Waterfront untuk majlis perasmian program itu turut bersarapan pagi bersama-sama Hadi dan warga nelayan sebelum menaiki bot ke Pulau Kapas untuk menyaksikan proses melabuhkan tukun tiruan itu. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



6 comments:

  1. Kalau HadiAwang nak tau rakyat faham atau tidak hubungan antara PAS dan UMNO realistik atau tidak tunggu PRU14 nanti. Hadi Awang akan faham bila tengok nasib PAS selepas PRU14.

    ReplyDelete
  2. APA NAK JADI??? APA DAH AJADI??? SAMPAI SEKARANG MEROYAN LAGI???

    ReplyDelete
  3. Politik matang..Politik blh berbeza pendpt tp utk apa sj isu kepentingan rakyat, Kita mesti bersama- ust Hadi.
    Sejak bila umno mengutamakan kepentingan rakyat? Gst, 1mdb, isu TH, isu felda ant isu yg membebankn rakyat. Siapa yg keliru atau nak kelirukan siapa?

    ReplyDelete
  4. Politik matang..Politik boleh berbeza pendpt tapi utk apa saja isu yg berkait kepentingan rakyat, kita mesti bersama- ust Hadi
    Sejak bila BN berjuang utk kepentingan rakyat? Bila hampir pilihanraya? Dgn isu skandal 1mdb, cukai Gst yg membebankn rakyat, nilai ringgit jatuh, barang keperluan naik haha, byk kilang ditutup, cawangan bank ditutup, isu FGV, peluang pekerjaan berkurangan, isu TH, skandal NFC, penutupan Institut Pendidikan Guru dan byk lg, adakah BN mnjaga kepentingan rakyat? Ingin mengelirukan rakyat ? Atau siapa sebenarnya yg keliru?

    ReplyDelete
  5. 10x mati hidup balik pun aku takan paham...

    ReplyDelete
  6. Ya rakyat dah faham..kau mmg lebai bangsat..kat tganu kau diam..x nak ambik kesempatan..tp kat selangor..nkau mmg dh x sabar nk jatuhkan pakatan rakyat..jahanam

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...