Monday, 1 May 2017

Pakatan Harapan Mampu Menang PRU14 Tanpa PAS

Pakatan Harapan Mampu Menang PRU14 Tanpa PAS. Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tetap yakin Pakatan Harapan boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) walaupun tanpa PAS.

Dr Mahathir melahirkan keyakinan itu sambil merujuk kepada kehadiran orang Melayu dalam perjumpaan yang diadakan oleh Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan Mampu Menang PRU14 Tanpa PAS.  “Kalau kita mengikuti kehadiran orang Melayu dalam perjumpaan-perjumpaan yang telah diadakan oleh Pakatan Harapan, jumlah mereka begitu besar sehingga meningkat kepada 12,000 dan 15,000 walaupun mengikut TV3 suku cuma 200 sahaja. Itu pasal, dia tak boleh bilang.”

Dr Mahathir juga berkata, sambutan positif itu juga menggambarkan yang orang Melayu khususnya ahli-ahli Umno memberi sokongan kepada PPBM dan Pakatan Harapan.

“Tapi kita nampak ramai orang Melayu yang keluar dan kita juga lihat ramai daripada mereka itu terdiri dari Umno.

Pakatan Harapan Mampu Menang PRU14 Tanpa PAS


“Jadi nampak ahli Umno pun berminat dengan kita, sebab itu kita yakin kita boleh menang,” kata bekas perdana menteri ini pada sidang medianya bersama kepimpinan Pakatan Harapan di ibu pejabat PPBM di sini hari ini.

Abdul Hadi semalam mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama politik dengan PPBM.

Kata Abdul Hadi, pihaknya menolak kerana kedudukan PPBM dalam keadaan “caca marba” dan tidak mempunyai pendidikan jelas.

Pakatan Harapan Mampu Menang PRU14 Tanpa PAS


Muktamar PAS hari ini juga sebulat suara menerima usul memutuskan “tahaluf siyasi” dengan sekutunya PKR. Dalam usul itu, PKR dituduh mengkhianati perjanjian kerjasama antara kedua-dua parti dan biadap terhadap PAS.

Ketika berceramah dalam program Pakatan Harapan bersama penduduk Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur malam tadi, Dr Mahathir berkata, beliau menerima keputusan PAS yang tidak mahu mengadakan kerjasama pilihan raya.

Pakatan Harapan Mampu Menang PRU14 Tanpa PAS.  “Kalau mereka tutup pintu, kita tak boleh masuk. Mereka dialu-alukan. Mereka tidak mahu bercakap dengan kita, ‘okay’ lah,” kata Dr Mahathir. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...