Wednesday, 10 May 2017

Misteri Pembelian Tanah 1MDB Di Tun Razak Exchange

Misteri Pembelian Tanah 1MDB Di Tun Razak Exchange. Sebuah entiti berkaitan kerajaan membeli sebahagian daripada 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX), yang pada mulanya dijual kerajaan kepada 1MDB pada nilai yang rendah.

Keseluruhan Tun Razak Exchange di bawah TRX City Sdn Bhd sejak itu telah dipindahkan dari 1MDB kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), berkuat kuasa 31 Mac lalu.

Misteri Pembelian Tanah 1MDB Di Tun Razak Exchange.  Pembelian itu didedahkan oleh kementerian kewangan dalam jawapan bertulis parlimen yang diedarkan kepada anggota parlimen ketika persidangan yang berlangsung dari 6 Mac hingga 6 April lalu.

Jawapan bertulis itu menyenaraikan enam pembeli yang telah membeli tanah di TRX.

Ia menamakan semua pembeli kecuali pembeli berkaitan kerajaan itu, yang dirujuk sebagai "syarikat milik MOF Inc", yang telah membeli sebidang tanah komersial.

Lima pembeli lain dikenal pasti sebagai Mulia Development Property Sdn Bhd, Affin Bank Bhd, Lembaga Tabung Haji, WCT Previous Development Sdn Bhd dan Lendlease.

Misteri Pembelian Tanah 1MDB Di Tun Razak Exchange


Jawapan bertulis itu menjelaskan 30.45 ekar tanah dijual dengan nilai RM3.5 bilion.

Menurut 1MDB, kerajaan sebelum ini menjual 70 ekar tanah kepada 1MDB dengan hanya RM230 juta.

Jawapan bertulis itu berikutan soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang secara khusus bertanya mengenai saiz dan nilai tanah TRX yang dibeli oleh entiti itu di bawah MOF.

Misteri Pembelian Tanah 1MDB Di Tun Razak Exchange.  Ia bagaimanapun tidak menjawab khusus soalan Pua. - mk



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...