Thursday, 4 May 2017

Melaka Privilege Card

Melaka Privilege Card. Melaka Privilege Sdn. Bhd. (MPSB), syarikat hasil kerjasama Privilege City Sdn. Bhd. dan Perbadanan Me­laka Holdings Sdn. Bhd. me­nyasarkan sejumlah tujuh juta keahlian bakal menggunakan perkhidmatan kad sistem transaksi tanpa tunai yang dikenali sebagai Melaka Privilege Card (MPC) setiap tahun, tidak lama lagi.

Pengarah MPSB, Aida Nurul Ashikin Baharuddin berkata, MPC merupakan sistem ke­ahlian berbayar terbuka kepada para pelancong dan penduduk negeri ini yang menyediakan pelbagai manfaat menarik kepada ahlinya dan juga peniaga yang terlibat.

Melaka Privilege Card.  Beliau berkata, sistem kad tersebut merangkumi sembilan skop perkhidmatan iaitu per­khidmatan kerajaan, pengangkutan, pusat rekreasi dan sejarah, penginapan, pusat jualan makanan dan minuman, pusat beli-belah, peruncitan, sukan dan pendidikan.

“Dengan yuran keahlian sebanyak RM15 setahun, MPSB menawarkan skop perkhidmatan menerusi MPC yang meluas dan merangkumi semua keper­luan harian serta membawa manfaat kepada ahlinya.

“Sebagai permulaan, seba­nyak 11 peniaga dan pengusaha premis perniagaan bersetuju menjadi ahli niaga MPC dan jumlah penyertaan ahli niaga akan ditambah dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui selepas majlis menanda­tangani memorandum persefa­haman (MoU) antara Privilege City dan Perbadanan Melaka Holdings yang disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di sini hari ini.

Melaka Privilege Card


Pada majlis itu, MPSB diwa­kili seorang lagi Pengarahnya, Tan Chin manakala Perbadanan Melaka Holdings diwakili Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Azmi Hussain. Turut diadakan majlis mendatangani MoU antara MPSB dan 11 peniaga serta pengusaha terlibat.

Antara agensi yang terlibat dalam sistem perkhidmatan MPC adalah Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Melaka Duck Tours, Melaka Funland, Upside Down House Gallery, Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Perbadanan Melaka Holdings, PM Media & Event Sdn. Bhd., Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Melantak Steak Hub, Gold Coast Melaka Internatio­nal Resort dan Bayou Lagoon Resort.

Menerusi kerjasama ini, se­tiap ahli yang menggunakan MPC akan menikmati pelbagai harga tawaran dan diskaun menarik yang dikeluarkan setiap pengusaha terlibat antara lima hingga 20 peratus mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Melaka Privilege Card


“Selain menyahut seruan hasrat kerajaan negeri menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini, kami berharap MPC akan memberi kemudahan dan tawaran menarik kepada ah­linya yang terbuka kepada semua pihak sama ada penduduk tempatan atau pelancong, sejajar dengan slogan kami iaitu ‘Di Melaka, Segalanya MPC,’ kata Aida Nurul Ashikin sambil memberitahu kos keseluruhan sistem itu bernilai RM1 juta.

Sementara itu, Idris berkata, kewujudan kad perkhidmatan tersebut memberi satu lagi kelebihan kepada mana-mana pengunjung yang datang ke negeri ini untuk menikmati tawaran yang disediakan oleh agensi terlibat.

Melaka Privilege Card.  “Kerajaan negeri menyambut baik sistem perkhidmatan MPC ini dan ia harus dilihat daripada skop berbeza daripada mana-mana kad kemudahan lain. MPC menawarkan poto­ngan diskaun serta ganjaran yang berbaloi untuk setiap pemegangnya,” katanya. - utusan




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...