Monday, 8 May 2017

Melaka Gateway Bakal Terima Nasib Sama Dengan Projek Bandar Malaysia?

Melaka Gateway Bakal Terima Nasib Sama Dengan Projek Bandar Malaysia? Keraguan mula timbul di kalangan rakan kongsi China sama ada projek Melaka Gateway bagi memajukan industri pelabuhan di Melaka akan menjadi kenyataan, beberapa hari selepas pengumuman pembatalan perjanjian saham melibatkan Bandar Malaysia baru-baru ini.

Akhbar The Straits Times (ST) Singapura hari ini mendakwa firma China masih menilai keuntungan daripada pembinaan pelabuhan yang memakan kos RM43 bilion itu.

Melaka Gateway Bakal Terima Nasib Sama Dengan Projek Bandar Malaysia? “Dalam 3 tahun, mereka menjemput menteri dan perdana menteri dalam majlis tanda tangan dan perasmian, tetapi perjanjian sebenar mengikat di bawah undang-undang masih belum dimeterai,” kata sumber kerajaan Malaysia dipetik ST.

Melaka Gateway mempunyai pelabuhan laut dalam yang akan dibina pada 2019 di Pulau Melaka, luar pesisir Melaka yang dikatakan bakal memberi saingan baru kepada Singapura.

Dilancarkan pada 2014, projek itu adalah usaha sama KAJ Development Sdn Bhd milik kerajaan Melaka dan syarikat jana kuasa gergasi PowerChina International membabitkan sebuah terminal pelayaran dan kawasan dermaga pada fasa pertama, termasuk hotel dan sebuah roda gergasi pemerhatian.

ST melaporkan kesangsian kini wujud di pihak PowerChina International mengenai masa depan projek itu.

Melaka Gateway Bakal Terima Nasib Sama Dengan Projek Bandar Malaysia?


Projek itu dilihat penting untuk ekonomi China, memandangkan Selat Melaka menjadi laluan 80% daripada kapal yang membawa minyak dan gas ke China.

Bagaimanapun, menurut ST, Beijing bukan sahaja menjadikan Malaysia salah sebuah penyelesaian kepada dilema ekonominya, kerana ia turut melakukan projek serupa di Nepal, Myanmar, Bangladesh dan Eropah Timur dalam usaha memastikan bekalan tidak putus untuk ekonominya.

“Memang China kini mesra dengan Malaysia dan mahu sekutu lebih kuat di Asia Tenggara. Tetapi ia juga mempunyai kepentingan strategik lain dan kita tidak boleh menjangkakan Malaysia merupakan keutamaan mereka,” kata bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datuk Lee Hwa Beng, dipetik ST.

Akhbar itu turut melaporkan Beijing kini sedang memperlahankan aliran dananya untuk projek mega di luar negara.

Minggu lalu, projek membangunkan Bandar Malaysia terganggu selepas perjanjian jualan saham syarikat dimiliki Kementerian Kewangan dengan sebuah usaha sama China-Johor diumumkan terbatal.

TRX City, pemaju induk Bandar Malaysia mendakwa Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) gagal menyelesaikan bayaran bagi pemilikan kepentingan dalam Bandar Malaysia seperti terkandung dalam perjanjian lewat 2015. Dakwaan itu ditolak konsortium itu yang menyatakan pembayaran sudah dilakukan.


Melaka Gateway Bakal Terima Nasib Sama Dengan Projek Bandar Malaysia?


Pembatalan itu mengundang spekulasi hubungan Malaysia-China yang dilihat semakin rapat mungkin mula berubah.

“Jika ada perbezaan besar mengenai jual beli Bandar Malaysia hingga menyebabkan pertikaian terbuka antara anak syarikat kerajaan China dengan kerajaan Malaysia, itu bermakna hubungan yang mendingin itu akan turut terpalit kepada projek-projek besar yang lain seperti pembinaan Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL),” kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli minggu lalu, merujuk satu lagi projek besar melibatkan China.

Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik projek Melaka Gateway sebagai petanda Putrajaya menyerahkan kedaulatan negara kepada China demi manfaat politik jangka pendek.

Melaka Gateway Bakal Terima Nasib Sama Dengan Projek Bandar Malaysia? “Kita mempunyai kemudahan mencukupi di negara ini. Kita sudah ada pelabuhan mencukupi dan infrastruktur diperlukan untuk menarik pelancong. Ini (Melaka Gateway) tidak perlu,” katanya kepada The South China Morning Post (SCMP) bulan lalu. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...