Friday, 5 May 2017

Megadeth Berterima Kasih Pada PAS

Megadeth Berterima Kasih Pada PAS. Kumpulan trash metal Amerika Syarikat, Megadeth, berterima kasih kepada PAS kerana tidak menunjuk perasaan membantah konsert yang dijadualkan berlangsung malam ini di Stadium Negara.

Penyanyi utama Dave Mustaine di Twitter menjawab komen oleh seorang yang bernama Hasbullah Najib, yang berkata tiada tunjuk perasaan menanti konsert kumpulan itu malam ini.

Megadeth Berterima Kasih Pada PAS.  “Terima kasih. Kalau ada lagu yang mengguris rakyat Malaysia atau agama, beritahu saya. Saya tidak mahu mengguris hati perasaan mana-mana pihak. Kami pernah potong lagu untuk China,” kata Mustaine.

Hasbullah berkongsi laporan Malaysiakini bertajuk “Pemuda PAS nafi anjur protes konsert Megadeth” di Twitter beliau, dan ditujukan kepada Dave.

PAS sebelum ini lantang langkah mengkritik pertunjukan beberapa artis antarabangsa, termasuk Selena Gomez, Metallica, Adam Lambert, Mariah Carey, Beyonce Knowles, Michael Learns to Rock, Rihanna, Avril Lavigne, Inul Daratista, Gwen Stefani, Scorpions dan Linkin Park.

Megadeth Berterima Kasih Pada PAS


Malah, konsert Selena Gomez tahun lepas disebutkan salah satu sebab PAS mahu memutuskan hubungan dengan PKR.

“Takkan kerana Selena Gomez kita nak berpecah belah,” kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dipetik sebagai berkata.

Megadeth Berterima Kasih Pada PAS.  “Saya cakap betul, saya tak kenal sangat Selena Gomez ni,” katanya lagi, dan menambah beliau hanya kenal lagu nasyid sahaja. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...