Friday, 19 May 2017

Maruah PAS Makin Tercalar Akibat Tindakan Ini

Maruah PAS Makin Tercalar Akibat Tindakan Ini. PAS hari ini mengambil keputusan tidak keluar daripada kerajaan Selangor walaupun tiada hubungan dengan 2 parti lain yang menganggotai pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Keputusan itu dicapai parti itu hari ini, di sebalik seruan supaya parti itu mengarahkan 3 exconya dalam kerajaan Selangor untuk meletak jawatan.

Maruah PAS Makin Tercalar Akibat Tindakan Ini. “Seperti dimaklumkan sebelum ini mereka dilantik oleh Tuanku Sultan Selangor,” kata pemangku presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menjalankan tugas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di hospital.

“Biarlah pentadbiran berjalan dengan lancar dan kita tidak ingin mengganggu. Jika ada keputusan baru, kami akan maklumkan,” katanya selepas mesyuarat yang berjalan lebih 2 jam di ibu pejabat PAS hari ini.

Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan sekali lagi memetik Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, sambil berkata exco hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan Sultan Selangor.


Maruah PAS Makin Tercalar Akibat Tindakan Ini


“Ini yang dipegang PAS sekarang – selagi diperkenan Sultan Selangor.

“(Berdasarkan Undang-undang Tubuh) mana-mana exco yang ingin meletakkan jawatan boleh berbuat demikian pada bila-bila masa. Dalam konteks Selangor, soal letak jawatan tak timbul,” katanya.

Tiga exco PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib, di samping ramai pegawai kerajaan dan ahli majlis peringkat kerajaan tempatan.

Timbalan Speaker Selangor Shafie Ngah juga daripada PAS.

Maruah PAS Makin Tercalar Akibat Tindakan Ini. Muktamar PAS pada 30 April lepas sebulat suara meluluskan usul memutuskan “tahaluf siyasi”, atau kerjasama politik, dengan PKR. Keputusan itu diluluskan Majlis Syura Ulama PAS Khamis lepas. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. Takdir kata tuanku mengarahkan untuk lepaskan jawatan adakah PAS berasa besar kerana menuggu arahan sultan baru hendak melepaskan jawatan sekarang rakyat semua dapat lihat bagaimana PAS akan perentah negeri atau negara semua kena tunggu surat dari tuanku sultan baru nak buat kerja padahal sultan bukannya pentadbir urus tuanku adalah ketua segala urusan negeri yang nmenerima nasehat dari memanda menteri besar padahal mb telah pun beri arahan supaya berundur secara terhormat bukan secara surat tauliah ditarik balik oleh tuanku sultan.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...