Thursday, 25 May 2017

Letupan Bom Di Jakarta Korbankan 3 Pegawai Polis

Letupan Bom Di Jakarta Korbankan 3 Pegawai Polis. Dua pengebom meletupkan diri mereka membunuh 3 pegawai polis Indonesia dan mencederakan 10 orang dalam letupan berkembar selang 5 minit yang berlaku berhampiran stesen bas di timur kota raya itu.

Jurucakap polis Setyo Wasisto berkata 3 pegawai terkorban dan hasil siasatan di tempat kejadian menunjukkan terdapat 2 pengebom. Lima pegawai dan 5 orang awam tercedera.

Letupan Bom Di Jakarta Korbankan 3 Pegawai Polis. Dalam tempoh 17 bulan, Indonesia mengalami siri serangan penyokong IS, tetapi Wasisto berkata polis tidak mengesahkan motif di sebalik kejadian pengeboman ini.

“Pegawai polis bertugas untuk mengawasi sekumpulan orang yang berarak. Perbarisan tersebut tidak diluluskan lagi ketika letupan berlaku,” kata Wasisto pada sidang akhbar.

“Kedua-dua suspek adalah lelaki. Identiti mereka akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Wasisto berkata bahan letupan nampaknya dimasukkan ke dalam periuk tekanan.


Letupan Bom Di Jakarta Korbankan 3 Pegawai Polis


Bom yang sama digunakan suspek dalam satu serangan di bandar Bandung pada Februari yang disyaki mempunyai hubungan dengan IS.

Pihak berkuasa Indonesia semakin bimbang peningkatan serangan radikalisme, yang didorong IS.

Pada Januari 2016, 4 militan membunuh 4 orang dalam serangan di Jakarta.

Walaupun kebanyakan serangan dilakukan teratur, pihak berkuasa percaya kira-kira 400 rakyat Indonesia menyertai kumpulan militan di Syria, dan boleh menimbulkan ancaman maut jika mereka pulang ke Indonesia.

Malam tadi, polis bersenjata mengepung kawasan sekitar stesen bas untuk menghalang beratus-ratus orang awam sementara pegawai pemusnah bom memeriksa kawasan itu.


Letupan Bom Di Jakarta Korbankan 3 Pegawai Polis


Menteri Pengangkutan Budi Karya dalam tweetnya berkata beliau meminta pihak berkuasa untuk meningkatkan keselamatan di bandar ini. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...