Thursday, 4 May 2017

Lagi VIP Dicekup SPRM

Lagi VIP Dicekup SPRM. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus besar sebuah anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), iaitu projek Technical Support Rapid Cheras Selatan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukannya dan menerima rasuah untuk kepentingan diri.

Dalam satu kenyataan kepada Bernama, SPRM berkata, suspek berumur 54 tahun itu ditahan bersama isterinya, 50, pada jam 6.30 petang tadi.


Lagi VIP Dicekup SPRM. Melalui maklumat hasil siasatan awal, suspek disyaki menerima rasuah bagi meluluskan beberapa projek pembekalan bas, alat ganti dan pembaikan bas.

“Suspek yang pernah memegang jawatan ketua pegawai operasi Rapid Penang dipercayai menerima rasuah berjumlah RM500,000 sejak 2013 menerusi beberapa projek yang dilaksanakan atas seliaannya.

“Selain itu, wang rasuah yang diterima turut dimasukkan ke akaun milik isterinya sejak 2013,” katanya dalam kenyataan itu.

Lagi VIP Dicekup SPRM


Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda sehingga 5 kali ganda nilai suapan.

Lagi VIP Dicekup SPRM. Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kedua-duanya akan direman esok bagi membantu siasatan. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...