Wednesday, 31 May 2017

Kisah Sebenar MP Subang Sivarasa Rasiah Dikatakan Sampaikan Tazkirah Dalam Masjid Terbongkar


Kisah Sebenar MP Subang Sivarasa Rasiah Dikatakan Sampaikan Tazkirah Dalam Masjid Terbongkar. Kecoh di media sosial cerita kononnya Ahli Parlimen Subang YB Sivarasa Rasiah menyampaikan tazkirah di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang.

Gambar Sivarasa yang memakai baju Melayu sambil memegang mikrofon seolah-olah sedang memberi tazkirah di dalam masjid disebarkan oleh cybertrooper BN (Barang Naik).

Isu ini sangat viral di media sosial memandangkan ia begitu selari dengan elemen yang sering digunakan dalam propaganda BN iaitu 3R — Religion, Race, and Royalti (Agama, Bangsa dan Raja).

Kerana BN tahu, sekiranya propaganda yang disebarkan mereka mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada elemen-elemen seperti yang disebutkan di atas, berita itu akan dengan mudah menaikkan emosi orang-orang Melayu. Bila emosi sudah naik maka akal pun gagal berfungsi dengan baik.

Kisah Sebenar MP Subang Sivarasa Rasiah Dikatakan Sampaikan Tazkirah Dalam Masjid Terbongkar


Aku pun cuba menjelajah laman sosial Facebook mencari jawapan tentang apa yang berlaku sebenarnya dalam masjid itu.

Rupa-rupanya, Sivarasa bukannya memberi ceramah apatah lagi nak beri tazkirah (apa kejadah dia nak beri tazkirah?) sebaliknya beliau sekadar memberi sedikit ucapan ringkas kerana menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan sebanyak RM71,000 kepada masjid-masjid berkenaan.

Majlis itu sebenarnya dianjur dan disempurnakan oleh saudara Radzlan Jalaluddin dari Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras DUN Kota Damansara. 


Sivarasa pula dijemput oleh beliau (Radzlan) bagi menyerikan majlis memandangkan beliau merupakan ahli parlimen kawasan berkenaan.

Kisah Sebenar MP Subang Sivarasa Rasiah Dikatakan Sampaikan Tazkirah Dalam Masjid Terbongkar



Namun gambar Sivarasa memberi ucapan ringkas sebelum menyampaikan sumbangan telah diputarbelitkan oleh cybertrooper Barang Naik, kononnya Ahli Parlimen Subang itu menyampaikan tazkirah di dalam masjid tersebut.

Sivarasa datang menyerikan majlis sebagai ahli parlimen jadi dia berilah sedikit ucapan ringkas sebagai menyantuni jemaah dan kariah masjid tersebut. 

Beliau juga datang dengan pakaian yang sopan berbaju Melayu, jadi sepatutnya tidak ada isu pun. 

Tapi bila sampai gambar ke tangan cybertrooper BN yang baru dapat upah handphone Samsung A9 daripada Najib tempoh hari, maka pelbagai cerita mengarut dan merapu keluar.

Kisah Sebenar MP Subang Sivarasa Rasiah Dikatakan Sampaikan Tazkirah Dalam Masjid Terbongkar. Kepada cybertrooper BN merangkap penagih dedak, bulan Ramadan ni berhentilah buat fitnah. Ingat, Handphone Samsung A9 yang Najib bagi tu akan jadi saksi depan Allah di hari akhirat kelak. - milosuam



Iklan
Image
Image
Image
Image

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




2 comments:

  1. Isyallah hancur umno bn..lenyap dari sejarah malaysia

    ReplyDelete
  2. Kita sebagai org Islam, perlu sentiasa bersikap tabayyun iaitu selidik dulu berita yg diterima. Tapis dan telus! Racism tak ada dlm kamus hidup org Islam. Tolak perkauman.. Bina keadilan... Islam agama rahmah!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...