Wednesday, 24 May 2017

Ketua Jurulatih Baru Harimau Malaya Tiba

Ketua Jurulatih Baru Harimau Malaya Tiba. Ketua jurulatih kebangsaan yang baharu Nelo Vingada dilapor sudah tiba di Kuala Lumpur hari ini bagi memulakan tugas membimbing skuad Harimau Malaya.

Berita ketibaan Vingada yang terkenal dengan jolokan 'The Professor' dimaklumkan menerusi entri terkini laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Football Association of Malaysia (Official) hari ini berserta gambar pertemuan jurulatih dari Portugal itu dengan presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Jurulatih Baru Harimau Malaya Tiba. "Nelo Vingada yang begitu komited dengan tugasan baharunya ini akan memulakan tugas jurulatih dengan segera," menurut FAM dalam entri itu.

Tugas pertama Vingada ialah mempersiapkan skuad kebangsaan untuk menghadapi Lubnan dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 pada 13 Jun ini, selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menunda perlawanan pertama Kumpulan B dengan Korea Utara kepada 5 Oktober.

Turut diundi dalam Kumpulan B ialah Hong Kong.

Vingada, 64, memulakan kerjaya sebagai pembantu kepada Carlos Queiroz yang melatih pasukan Bawah 20 Tahun Portugal yang menyaksikan pasukan itu menempa kejayaan dalam kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun FIFA pada 1989 dan 1991.


Ketua Jurulatih Baru Harimau Malaya Tiba


Selepas mengambil alih tugas Queiroz, Vingada berjaya membawa pasukan tersebut hingga peringkat separuh akhir Piala Dunia Bawah 20 Tahun 1995 dan Olimpik 1996.

Vingada yang mempunyai pengalaman melatih selama 35 tahun turut membuat impak di Asia.

Beliau pernah melatih pasukan remaja Arab Saudi (1996-97), pasukan Olimpik Mesir (2004-05), pasukan kebangsaan Jordan (2007-09) dan skuad Olimpik Iran (2014).

Beliau turut melatih dan membawa kejayaan kepada pasukan kelab seperti FC Zamalek (Mesir), FC Seoul (Korea), Persepolis FC (Iran) dan Dalian Shide FC (China).

Ketua Jurulatih Baru Harimau Malaya Tiba. Tugas terakhirnya sebelum ini ialah melatih NorthEast United FC (India). - bernama

Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...