Wednesday, 17 May 2017

Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia

Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia. Satu tinjauan dijalankan Universiti Oxford baru-baru ini menguatkan lagi kepercayaan popular yang ramai orang Cina dan India berhasrat berhijrah ke negara lain.

Tetapi, ada orang yang mungkin terkejut apabila mengetahui tinjauan itu turut mendapati 15% daripada responden Melayu juga mahu meninggalkan Malaysia.

Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia. Tinjauan yang dijalankan di Semenanjung Malaysia pada September dan Oktober 2016 membabitkan 503 responden Melayu, 500 orang Cina dan 501 orang India.

Ia antara lain meninjau kaitan kecenderungan diskriminasi dengan tindakan seperti keinginan berhijrah serta kesediaan terbabit dalam tindakan kolektif.

Jurucakap kumpulan aktivis sekular yang dikenali sebagai Bebas, Azrul Mohd Khalib merupakan salah seorang daripada mereka yang terkejut dengan hasil tinjauan itu.

Katanya, rakyat Malaysia khasnya orang muda tanpa mengira kaum merasakan mereka tiada tempat dalam negara ini.

“Ramai dalam kalangan generasi muda yang tidak yakin dengan kesejahteraan sendiri, pesimistik mengenai masa depan Malaysia dan kedudukan mereka pada masa depan.

“Dan orang bukan Bumiputera tidak pasti pandangan dan layanan rakyat Malaysia lain terhadap mereka, walaupun memiliki kewarganegaraan sejak dahulu.”

Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia


Tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan 56,576 rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan mereka antara 2006 hingga April 2016. Seramai 49,864 daripada jumlah itu ialah orang Cina, 1,833 (India) dan 844 (Melayu). Baki 4,044 orang daripada kaum lain.

Azrul percaya ramai anak muda merasai “perubahan jangka pendek dan kecewa” disebabkan pemimpin politik yang kekal “tenang, patuh dan tidak bersedia mempertahankan” mereka daripada serangan umum terhadap kesetiaan, agama dan kewarganegaraan mereka.

Sejak kebelakangan ini, beberapa kumpulan memperjuangkan hak Melayu membuat tuntutan mengejutkan rakyat berbilang kaum di Malaysia, seperti menggesa kerajaan menghendaki kanak-kanak bertutur dalam bahasa Malaysia sebelum mengeluarkan MyKad kepada mereka.

Azrul memetik statistik Jabatan Pendaftaran Negara yang menunjukkan lebih 5,000 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan mereka setiap tahun.

“Kita tidak patut mempunyai sikap ‘berambuslah’ atau ‘tidak hilang apa-apa pun’. Kita perlu tanya kenapa ini terus berlaku.


Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia


“Inilah kesannya terhadap pelaksanaan berterusan dasar berat sebelah berasaskan kaum, etnik dan agama yang sepatutnya dihentikan berdekad dahulu.”

Beliau berkata, dasar sedemikian tiada tempat dalam Malaysia yang moden, liberal dan progresif yang diajar kepada generasi muda, tetapi mereka tidak dapat melaluinya sendiri.

Katanya, Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan perjanjian rangkuman, menyimpang daripada landasan itu.

Beliau berkata, kerajaan perlu berani membuang dasar “perkauman dan diskriminasi” demi kemajuan negara.

Kajian Dari Universiti Oxford Yang Mengejutkan Rakyat Malaysia “Hanya dengan itu, ia boleh meyakinkan rakyat kita yang mereka mempunyai tempat dalam masa depan Malaysia.” - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. Nak buek camna....munkin nak berhijrah balik ke cina dan india kot...apa masa
    lahnya....lagi bagos

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...