Monday, 1 May 2017

Hati-Hati Doktor Gigi Palsu

Hati-Hati Doktor Gigi Palsu. Kementerian Kesihatan bimbang dengan kewujudan doktor gigi palsu dan perkhidmatan pergigian haram yang semakin berleluasa di negara ini akibat kurang kesedaran di kalangan orang ramai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dipetik Sin Chew Daily berkata, kerajaan memandang serius masalah itu kerana semakin ramai pesakit yang mendapat perkhidmatan haram itu mengadu kepada Kementerian Kesihatan dengan mendakwa rawatan berkenaan menyebabkan mereka mengalami kesan dan komplikasi serius.

Hati-Hati Doktor Gigi Palsu. Katanya, antara rawatan perkhidmatan haram itu adalah mencabut gigi, membuat gigi palsu, ortodontik, penskaleran dan penggilapan gigi (cuci gigi) dan “whitening strips”.

Beliau berkata, pesakit yang mendapat perkhidmatan pergigian haram boleh mengalami kesakitan dan jangkitan seperti ulser mulut, gigi longgar atau rosak, gusi bengkak dan bernanah, selain berisiko dijangkiti AIDS dan hepatitis, jika peralatan yang digunakan tidak disteril dengan baik.

“Kementerian Kesihatan kesal kerana orang ramai kurang kesedaran, tidak tahu orang yang menyediakan perkhidmatan pergigian itu tidak diiktiraf,” katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu semalam.

Hati-Hati Doktor Gigi Palsu


Katanya, sebanyak 46 aduan rawatan pergigian haram diterima Kementerian Kesihatan, iaitu 10 kes pada 2015, 28 kes pada 2016 dan 8 kes setakat Mac tahun ini.

Dr Hisham berkata, sebanyak 18 kes dihadapkan ke mahkamah sejak 2015 sehingga kini, dengan kes terbaru berlaku pada 30 Mac lalu, di mana seorang wanita warga Indonesia yang tidak berkelayakan didenda RM300,000 oleh mahkamah kerana membuka klinik pergigian haram di Johor.

Beliau menasihatkan orang ramai melayari laman web http://dpims.moh.gov.my untuk mengetahui kelayakan doktor gigi itu sebelum mendapatkan rawatan pergigian.

Hati-Hati Doktor Gigi Palsu


Ini kerana, katanya, hanya doktor gigi yang diiktiraf dan berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia boleh memberi rawatan kepada orang ramai di bawah Akta Pergigian 1971. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...