Monday, 15 May 2017

Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS Makin Dapat Sambutan

Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS Makin Dapat Sambutan. Selepas Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), sebuah lagi parti kecil mahu menyertai Gagasan Sejahtera yang dipimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Parti Cinta Malaysia (PCM) menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Sejahterea bagi menghadpai Pilihan Raya Umum ke-14.

Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS Makin Dapat Sambutan PRU-14 perlu diadakan selewat-lewatnya tahun depan, dan boleh dipanggil bila-bila masa mulai sekarang.

“Kita alu-alukan sebarang usaha, sokongan dan dokongan kepada Gagasan Sejahtera,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media bersama Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di ibu pejabat agung PAS di sini hari ini.

Beliau berkata PCM perlu tahu hala tuju dan dasar Gagasan Sejahtera terlebih dahulu sebelum menyertainya.

“Insyaallah, kita akan teliti permohonan mereka ini dan kita akan adakan pertemuan dengan pihak yang mengatakan keinginan untuk bersama Gagasan Sejahtera,” katanya pada sidang media bersama Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di ibu pejabat agung PAS di sini hari ini.

Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS Makin Dapat Sambutan


Gagasan Sejahtera diasaskan pada 16 Mac tahun lepas. Dalam gabungan tersebut, PAS dan Berjasa membawa aliran politik Islam sementara Ikatan berdasarkan konstitusionalisme.

Pada mesyuarat agung tahunan PAS baru-baru ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya memberitahu gabungan itu akan diperkemaskan dengan penyertaan badan bukan kerajaan, pimpinan masyarakat dan bekas pegawai kanan kerajaan.

Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS Makin Dapat Sambutan.  PAS dilaporkan meletakkan sasaran antara 40 hingga 10 kerusi Parlimen, dan empat negeri selain mempertahankan Kelantan, pada PRU-14 nanti. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. Dulu kata bila berseorangang making kuat!
    Awat pulok parti cap bulang ni berkawan dengang orang laing?
    Parti kecik pung kecik la.. ibarat Mat Sabu kata, nyamuk pun boleh membunuh!! Tapi, kedua-dua kawan parti bulan tu terlalu kecik hinggakan orang tak nampok dan tak sedor langsung keberadaan mereka!! Hehehe

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...