Tuesday, 30 May 2017

Duti Eksais Kereta Akan Terhapus Susulan Penjualan Proton?

Duti Eksais Kereta Akan Terhapus Susulan Penjualan Proton? Ahli Parlimen Kelana Jaya menyeru duti eksais ke atas kereta buatan asing dihapuskan secara berperingkat susulan penjualan 49.9% Proton Holdings Bhd kepada syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group minggu lepas.

Beliau berkata jika jualan itu bererti Proton bukan lagi kereta nasional, maka duti eksais secara prinsipnya perlu dikurangkan secara beransur-ansur dan dihapuskan dalam masa 3 hingga 5 tahun.

Duti Eksais Kereta Akan Terhapus Susulan Penjualan Proton?  “Saya tidak setuju dengan penghapusan duti eksais secara tiba-tiba kerana ia akan mengakibatkan kekeliruan dalam pasaran dan menghapuskan semua kereta buatan temaptan, termasuk Perodua, dan akan menghapuskan pasaran kereta terpakai,” katanya di Facebook hari ini.

Media melaporkan Zhejiang Geely pada 24 Mei lalu mengesahkan persetujuan membeli pegangan tersebut bersama 51% pegangan dalam Lotus Cars dari DRB-Hicom Bhd.

Ketua Biro Pelaburan dan Dagang PKR itu juga menggesa kerajaan memaklumkan Parlimen mengenai hasrat selepas penjualan tersebut.

“Membiarkan butiran urusniaga ini samar-samar dan berdiam diri mengenai dasar duti eksais suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab, dan hanya menyebabkan kebimbangan dan kekeliruan dalam pasaran.”

Duti Eksais Kereta Akan Terhapus Susulan Penjualan Proton? 


Beliau berkata kereta Malaysia boleh menjadi berdaya saing jika budaya “perlindungan tanpa had” dihapuskan kerana ia menghasilkan pembaziran, ketidakcekapan dan korupsi, katanya.

“Perlindungan boleh jadi sesuatu yang baik tetapi mesti mempunyai rangka masa tertentu, dan pengurusannya perlukan berdasarkan merit dan kebolehan,” katanya.

“Proton mensia-siakan semua dasar perlindungan dan sudah tiba masanya untuk menamatkan dasar itu.”

Beliau menggesa kerajaan mendedahkan butiran penjualan itu dan struktur pegangan saham terbaharu Proton.

“Adakah kerajaan masih memiliki saham kencana? Adakah terdapat pihak ketiga lain yang memegang saham dan bergerak seiring dengan Geely?

Duti Eksais Kereta Akan Terhapus Susulan Penjualan Proton? 


“Sukar untuk saya percaya Geely sudi membeli Proton tanpa kawalan majoriti.”

Beliau berharap Geely mampu membawa Proton mengecapi kejayaan dalam pengurusannya sepertimana yang ia lakukan untuk Volvo.

“Saya haram Geely mampu melakukan perkara yang serupa dengan jenama Proton dan jadikan ia jenama serantau,” katanya.

Dalam wawancara Utusan Malaysia semalam, Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata dalam senario semasa, 50.1% pemilikan Proton dalam tangan Malaysia.

Proton, yang diasaskan pada 1983 merupakan syarikat automobil negara pertama, dibelenggu masalah kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun menerima bantuan kerajaan.

Duti Eksais Kereta Akan Terhapus Susulan Penjualan Proton?  Pada 2001, ia menguasai 53% pasaran tempatan tetapi turun kepada 14% tahun lepas kerana lebih ramai pembeli memilih model lain. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...