Tuesday, 16 May 2017

Berita Mengejutkan..

Berita Mengejutkan. Seorang lelaki berusia 50 tahun parah di kedua-dua belah kaki akibat terkena letupan bom buatan sendiri, yang dipercayai dipasang di keretanya oleh “along” untuk menagih hutang, lapor Harian Metro hari ini.

Kejadian dilaporkan berlaku di Taman Pengkalan Setia, Taiping 10.00 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Andullah dipetik sebagai berkata polis terima maklumat kejadian yang menimpa kakitangan kilang itu daripada orang awam pada jam 10.10 malam.

Berita Mengejutkan.  Menurut siasatan, letupan berlaku di luar sebuah rumah berhampiran jalan raya, tempat mangsa meletakkan kereta jenis Toyota Corolla miliknya.

Berdasarkan keterangan, mangsa bersiap pulang dari melawat anaknya di Taiping ke Bukit Mertajam dan letupan kuat berlaku sebaik saja mangsa membuka pintu bahagian pemandu.

“Bahan letupan itu dipercayai dipasang dengan cara tali diikat di pintu kereta dan meletup sebaik tali ditarik apabila pintu dibuka,” katanya seperti dipetik akhbar harian itu.

Berita Mengejutkan


Tiada saksi yang melihat kejadian atau suspek yang memasang bahan letupan itu, kata Harrith.

“Hasil temubual dengan mangsa, dia menjelaskan sebelum ini mempunyai kilang kejuruteraan sendiri yang mengalami masalah. Pada 2013 dia membuat pinjaman dari ‘along’ di Seberang Perai sebanyak RM300,000 dan tidak mampu membayarnya,” katanya.

Mangsa percaya kejadian disebabkan perbuatan “along” yang masih menagih hutang, dan diekori kumpulan itu sehingga ke Taiping.

“Polis sedang mengenalpasti kumpulan ‘along’ yang disyaki melakukan perbuatan ini,” kata Harrith.

Berita Mengejutkan.  Mangsa sedang dirawat di Hospital Taiping dan hanya mengalami luka luaran yang tidak mengancam nyawa. Menurut polis, hasil pemeriksaan x-ray mendapati terdapat serpihan dalam kedua kaki mangsa. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. ha..ha..dah mula nal jadi macam selatan thai, syria, iraq, perancis.... main bom semua ... bukan IS yg polis sibuk sangat cari tapi yakuza je

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...