Tuesday, 18 April 2017

Zakir Naik Tiada Kredibiliti Dakwa Wan Ji

Zakir Naik Tiada Kredibiliti Dakwa Wan Ji. Komen Dr Zakir Naik mengenai politik di Malaysia tidak boleh dijadikan ukuran, kata bekas anggota Dewan Ulama PAS Selangor, Wan Ji Wan Hussin, kerana pendakwah India itu tidak pernah mengikuti sejarah politik Malaysia secara mendalam.

“Tidak salah untuk Dr Zakir memberi komen tentang politik di Malaysia tapi komen yang datang daripada beliau tentang politik di Malaysia tidak boleh dianggap ada kredibiliti kerana dia tidak faham recam sebenar politik di Malaysia,” katanya kepada FMT.

Zakir Naik Tiada Kredibiliti Dakwa Wan Ji.  Pada Ahad, Zakir menasihatkan umat Islam Malaysia memilih parti diterajui umat Islam yang “kurang memudaratkan”, sekiranya wujud 2 parti politik di kalangan umat Islam yang bertelagah.

Dr Zakir berkata rakyat Malaysia beragama Islam perlu memilih parti politik yang melaksanakan prinsip Al-Quran dan Sunnah.

Wan Ji yang kini sebahagian daripada PKR mengingatkan parti politik di Malaysia kini hanya menggunakan agama untuk berpolitik, bukannnya membawa perjuangan Islam.

Zakir Naik Tiada Kredibiliti Dakwa Wan Ji


“Kalau parti politik yang ada sekadar tahu membaca Al-Quran, membaca hadis, dan itu sudah dikatakan sebagai membawa politik Islam, ia tidak tepat,” katanya kepada FMT.

“Berdasarkan sejarah Islam, Khawarij juga membaca Quran dan hadis tetapi mereka melakukan kerosakan kepada rakyat.”

Zakir Naik Tiada Kredibiliti Dakwa Wan Ji.  Menurut Wan Ji, parti politik yang perlu dipilih rakyat ialah yang memperjuangkan hak rakyat dan menolak parti yang melakukan kerosakan. - fmt




Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Adakah UMNO terbaik atau PKR atau PAN atau DAP atau PAS. Jadi x salah pendapat Zakir Naik dan x salah juga pendapat Wan Ji.

    ReplyDelete
  2. Dua-dua yg ada membawa mudharat yg besar kpd rakyat dan harus ditolak...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...