Thursday, 20 April 2017

Zairil Khir Johari Tampil Beri Penjelasan?

Zairil Khir Johari Tampil Beri Penjelasan? DAP Pulau Pinang mahu Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari beri penjelasan berhubung dakwaan gambar miripnya bersama seorang wanita dalam keadaan intim di sebuah restoran yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau akan mengarahkan Zairil beri penjelasan berhubung isu itu.

"Saya menasihati dia supaya beri penjelasan dan menasihatkannya supaya berdepan dengan media.

Zairil Khir Johari Tampil Beri Penjelasan? "Mengenai sama ada pemimpin DAP Pulau Pinang akan membincangkan sekiranya gambar-gambar berkenaan akan menjejaskan pencalonan semula Zairil sebagai seorang wakil rakyat, perbincangan akan didakan jika perlu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, DAP Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini berkaitan isu berkenaan, yang heboh diperkatakan di media sosial.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming ketika mengulas berhubung pencalonan Dyana Sofya yang dikatakan mirip gambar wanita itu, beliau berkata, sama ada Dyana Sofya bertanding di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU14, akan ditentukan oleh pucuk pimpinan DAP Pusat.

Zairil Khir Johari Tampil Beri Penjelasan?


Beliau juga serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk buat keputusan kedudukan Zairil.

"Zairil juga berulang kali menafikan (gambar-gambar sebelum ini), tetapi foto keluar berterusan, jadi adalah lebih baik media mendapat jawapan daripada mulut mereka sendiri,” katanya dipetik daripada Malaysiakini.

Zairil Khir Johari Tampil Beri Penjelasan? Dyana Sofya kini aktif di Teluk Intan dan setiap minggu terlibat dalam program rakyat bersama Adun Pasir Bedamar, Terence Naidu yang juga pembantu Lim Kit Siang, tewas kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Psl.zairil org kita...kita xleh serangla...apa2 dia ckp...kita kene terima bulat2..faham semua!

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...