Saturday, 15 April 2017

Umur Persaraan Kakitangan Awam Dilanjutkan 65 Tahun?

Umur Persaraan Kakitangan Awam Dilanjutkan 65 Tahun? Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mahu bertemu dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagi membincangkan cadangan melanjutkan umur bersara kakitangan awam sehingga 62 tahun.

“Dalam masa terdekat saya akan bertemu dan berunding dengan Cuepacs, apa mereka cakap (syorkan), semua boleh diselesaikan dalam mesyuarat.”

Umur Persaraan Kakitangan Awam Dilanjutkan 65 Tahun?  Ali berkata, beberapa perkara perlu diteliti dan dibincangkan bersama Cuepacs.

“Sebelum ini, Cuepacs memohon dinaikkan umur persaraan 2 tahun (60 kepada 62 tahun), tetapi ia akan menyebabkan tiada orang bersara dalam tempoh 2 tahun.

“Jadi, kekosongan jawatan akibat persaraan penjawat awam tidak berlaku untuk 2 tahun,” kata beliau dipetik BH Online.

Umur Persaraan Kakitangan Awam Dilanjutkan 65 Tahun? 


Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Johor Corporation (JCorp) berkata demikian kepada BH ketika ditemui selepas mengikuti misi pelaburan dan perdagangan Johor ke Shanghai, hari ini.

Awal minggu ini, Cuepacs meminta agar kerajaan mempertimbangkan cadangan bagi melanjutkan umur persaraan kakitangan awam daripada 60 kepada 62 tahun.

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kerajaan tidak bercadang menaikkan umur bersara wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Umur Persaraan Kakitangan Awam Dilanjutkan 65 Tahun? 


Bagaimanapun Rohani berkata, kerajaan sentiasa bersifat terbuka dalam menerima cadangan dan pandangan orang ramai berkaitan usia persaraan yang bersesuaian.

Sebelum ini, umur persaraan penjawat awam di negara ini dilanjutkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2001 dan kemudiannya daripada 56 tahun kepada 58 tahun pada 2008 dan daripada 58 tahun kepada 60 tahun pada 2012.

Umur Persaraan Kakitangan Awam Dilanjutkan 65 Tahun?  Umur persaraan kakitangan awam di negara maju seperti Singapura, negara Eropah dan Amerika Syarikat adalah 65 tahun. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





5 comments:

  1. den pencen 55 ckup dah. ..ado penyakit 3 serangkai ..buat apo pencen lamo2 bg peluang la kat bdk mudo. .dah tuo2 lbhkan ibadat la... pegi kojo pon punchcard ajo pastu pegi hospital cuci buah pinggang la apo la.. produktiviti xdo

    ReplyDelete
  2. den mmg bangkang la nak lanjut umur ni... den dah tuo.. ponetla smpai mati asik kojo kojo xdo bondo laen ko

    ReplyDelete
  3. fikir fikir lah anak anak yang keluar ipta/ipts setiap tahun makin bertambah yang perlu bayar pinjaman PTPTN tak kan kita nak suruh kerja dengan swasta yang semakin hari semakin banyak buang pekerja ,jangan kita mementingkan diri.Yang nak lanjut umur 65 tu kebanyakan nya bertaraf pemimpin je,orang bawahan kebanyakan nya bersara pilihan belum sampai opsyen wajib.Saya mohon kerajaan longgarkan syarat pencen awal bagi yang kerja tidak cukup tempoh supaya pencen mereka bolih terima sebelum mencapai umur 55 th ini ada lah kita mengalakan mereka yang tidak berminat pencen awal dari menjadi beban kepada jabatan

    ReplyDelete
  4. Bayangkan polis wanita dan lelaki berusia 65th kena tugas road block atas jalan raya. Kerani kerani wanita yg berusia 65th gigi tak ada telinga pekak mata rabun lagi nak ngadap komputer. Boleh sehaja kerajaan lanjutkan usia persaraan ke 65th terpulang lah kepada individu tetsebut. Dalam usia begini kubut kata mari rumah kata pergi elok lah pekemaskan amal ibadat untuk mengadap Allah. Nanti gred duty melepas nak pi mekah atau umrah pun melepas kerana dah tak sehat atau mati sebelum bersara. Nabi Muhammad SAW meninggal pun di usia 63th makna nya sesiapa yg hidup lebih 63th Allah bagi usia sabsidi bila bila masa je Allah akan panggil. Elok lah rasa nya kalau dah berusia 60th itu bersara sehaja lah duit banyak pun bukan boleh bawak mati.

    ReplyDelete
  5. Saya cadangkan umir pesaraan di lanjutkan sampai habis nyawa baru padan muka budak2 muda

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...