Thursday, 27 April 2017

Ulama PAS Desak 1MDB Disiasat Semula

Ulama PAS Desak 1MDB Disiasat Semula. Dewan Ulama PAS hari ini mendesak pihak berkuasa menyiasat semula skandal 1MDB bagi memastikan pihak yang terbabit dalam salah laku menerima hukuman setimpal.

Ketuanya, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, desakan itu bertujuan menyelesaikan isu kehilangan wang negara dan mengelakkan ia terus tergantung serta menjadi tanda tanya rakyat.

Ulama PAS Desak 1MDB Disiasat Semula.  Beliau turut menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak terus berada dalam sindrom penafian apabila isu 1MDB dibangkitkan negara lain.

“1MDB, satu Malaysia dalam bahaya. Pelabur mula hilang kepercayaan terhadap ketelusan kerajaan dalam menangani krisis 1MDB. Rakyat juga telah hilang kepercayaan kepada kerajaan Umno dan BN yang gagal menangani isu hutang 1MDB.

Ulama PAS Desak 1MDB Disiasat Semula


“Dewan Ulama PAS mendesak kerajaan agar tidak terus berada dalam sindrom penafian, penyiasatan sangat diperlukan dan mereka yang bersalah dituntut dihukum jika sabit kesalahan,” katanya dalam ucaptama pada Muktamar Dewan Ulama PAS di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau menyifatkan isu 1MDB mengandungi unsur riba yang dilarang agama Islam, sekaligus menyalahkan kerajaan Umno dan BN.

“Isu 1MDB mempunyai kaitan dengan riba, kerajaan Umno, BN sengaja mengundang peperangan dengan Allah.”

Ulama PAS Desak 1MDB Disiasat Semula.  Muktamar Dewan Ulama PAS dirasmikan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yaakob. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...