Tuesday, 11 April 2017

Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS

Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Pas menerima dana daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai pembohongan besar dan tidak berasas.

Sehubungan itu, Abdul Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang meminta agar pemimpin PKR itu segera bertaubat.

"Apa yang didakwa Rafizi itu (Pas terima dana daripada 1MDB) merupakan satu tuduhan bohong 300 peratus.

Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS. "Bagi saya.. saya telah maafkan kesalahan dia kepada saya. Kita anggap dia jahil, tidak tahu dosa pahala.

"Tapi dosa dia dengan Tuhan (sebab fitnah) dia kena bertaubat," katanya ketika ditemui dalam majlis menyambut kepulangannya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, malam tadi.

Kepulangan pemimpin utama Pas itu disambut ribuan penyokong bagi meraikan kejayaan beliau selepas membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat, minggu lalu.

Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS


Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan sebelum ini mendakwa mempunyai bukti dan maklumat mengenai pemimpin kanan Pas  menerima dana daripada 1MDB.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Abdul Hadi turut meminta orang bukan Islam memberi kerjasama serta tidak mengganggu isu RUU 355 demi perpaduan masyarakat majmuk di di negara ini.

Jelasnya lagi, usul berkenaan perlu disokong seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman dan parti bagi memperkasakan lagi undang-undang syariah.

Tuduhan Rafizi Bohong 300 Peratus Dakwa Presiden PAS. "Malah, kita juga sedia untuk beri penjelasan kepada orang bukan Islam mengenai RUU 355 ini agar mereka memahami dengan lebih jelas," katanya. - sinar



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

  1. Saya, sebagai rakyat malaysia yg beragama Islam merasa amat terharu bahawa RUU355 telah berjaya diBENTANGkan di Parlimen.....
    TETAPI.....Saya merasa amat KESAL dan TIDAK PUAS HATI serta merasa TERTIPU apabila RUU355 tidak diBAHASkan yg membuatkan seluruh rakyat Malaysia termangu-mangu.....
    PERMAINAN APAKAH INI ???????
    #Ini mesti salah ANWAR & ERDOGAN
    #KER GUANER TUANG PRESIDENG

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...