Friday, 7 April 2017

Tan Cheng Hoe Jurulatih Baru Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Jurulatih Baru Harimau Malaya. Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta penyokong skuad Harimau Malaya berhenti merungut dan sedia menerima perubahan, selepas kritikan terhadap perlantikan jurulatih kebangsaan baru menggantikan Mario Gomez.

“Saya telus berkongsi maklumat selama 11 hari saya menjadi presiden, lebih banyak daripada apa yang anda dapat sejak 30 tahun lalu tapi anda semua masih lagi tidak puas hati,” kata TMJ yang kurang 2 minggu mengambil alih jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tan Cheng Hoe Jurulatih Baru Harimau Malaya.  Gomez, 60, dari Argentina, sebelum ini menafikan beliau mahu kenaikan gaji, menimbulkan kemarahan TMJ yang kurang 2 minggu memegang jawatan

Menurut Tunku Ismail, pihaknya menawarkan gaji AS$25,000 tetapi beliau meminta AS$40,000.

“Bukankah permintaan itu lebih daripada apa yang kami tawarkan?” soal TMJ, yang mengumumkan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih baru Harimau Malaya.

TMJ berkata Tan merupakan jurulatih yang bagus dan mempersoalkan rungutan penyokong.

Menurutnya, 30 tahun lalu, penyokong bola sepak merungut tidak boleh bercakap dan tidak tahu perkembangan persatuan.

Tan Cheng Hoe Jurulatih Baru Harimau Malaya


“Sekarang sudah tahu tapi masih mahu merungut.”

TMJ juga mengakui ada sesetengah pasukan tidak boleh diambil tindakan atas kesalahan mereka kerana “berkawan rapat” dengan exco.

“Jadi exco itu tidak berani mengambil tindakan, sampai bila kita nak jaga hati semua pihak, memang takkan ke mana bola sepak Malaysia.

“Demi menjaga hati kawan, tindakan denda pun tak boleh walaupun melanggar syarat dan peraturan, jadi lupakan saja perubahan,” tambah TMJ.

Tan Cheng Hoe Jurulatih Baru Harimau Malaya.  TMJ berazam menjalankan tugas dan berkata beliau tidak hanya pandai berkata-kata di laman sosial tanpa sumbangan kepada kemajuan bola sepak tanah air. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...