Thursday, 6 April 2017

Serangan Senjata Kimia Di Syria, 72 Terkorban

Serangan Senjata Kimia Di Syria, 72 Terkorban. Perang saudara di Syria yang berlarutan lebih enam tahun sekali lagi digemparkan dengan serangan senjata kimia yang turut menerima kecaman masyarakat antarabangsa.

Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) melaporkan, sekurang-kurangnya 72 termasuk 20 kanak-kanak terbunuh, manakala lebih 550 cedera di Khan Sheikhoun di wilayah Idlib, kelmarin.

Susulan itu, PBB dalam satu kenyataan memaklumkan, ia akan menyiasat kejadian pengeboman itu sebagai jenayah perang.

Serangan Senjata Kimia Di Syria, 72 Terkorban. Menurut Persatuan Perubatan Syria-Amerika (SAMS), serangan senjata kimia itu menyebabkan kebanyakan mangsa mengalami muntah-muntah, mulut berbuih, tidak sedarkan diri dan kekejangan otot.  

Jurucakap kumpulan itu menyatakan simptom ditunjukkan termasuklah kadar denyutan jantung perlahan, indikatif daripada sebatian agen organophosphorus, kategori gas toksik seperti sarin. Kebanyakan kematian disebabkan oleh kelemasan.

"Kira-kira 125 mangsa tiba di hospital pada jam 7.30 pagi (waktu tempatan). 25 daripada mereka meninggal dunia. 70 hingga 80 peratus daripada mangsa cedera terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

"Gejala ditunjukkan seperti kulit pucat, berpeluh dan kesukaran bernafas sepadan dengan keracunan akibat gas sarin," kata doktor yang enggan identitinya didedahkan.

Sementara itu, pekerja kesihatan tempatan memberitahu, jumlah sebenar kematian jauh lebih tinggi dan mungkin mencecah sehingga 100 orang.

Serangan Senjata Kimia Di Syria, 72 Terkorban


Nafi guna agen toksik

Kumpulan pembangkang, Gabungan Kebangsaan Syria (SNC) mendakwa, gas sarin mungkin telah digunakan dalam serangan itu yang dilancarkan pesawat milik tentera rejim Presiden Bashar al-Assad.

Tentera kerajaan bagaimanapun menolak dakwaan itu dan menafikan penggunaan agen kimia atau toksik di Khan Sheikhoun.

Wakil PBB ke Syria, Staffan de Mistura turut menyifatkan ia serangan udara yang dahsyat.

Dalam satu kenyataan lain, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres melihat serangan itu menunjukkan jenayah perang berterusan di Syria.

"Undang-undang kemanusiaan antarabangsa telah dicabuli berulang kali. PBB mahu mewujudkan akauntabiliti untuk jenayah seumpama itu dan saya yakin Majlis Keselamatan PBB (UNSC) akan bertindak sewajarnya," katanya.  

Susulan insiden itu, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) mendesak UNSC menerima pakai resolusi yang mengutuk serangan itu dan mengarahkan Damsyik menyerahkan kesemua maklumat berkaitan operasi serangan udara tersebut kepada penyiasat antarabangsa.


Serangan Senjata Kimia Di Syria, 72 Terkorban


Draf resolusi dirundingkan antara diplomat ketiga-tiga negara itu bakal dibentangkan di hadapan 15 anggota UNSC dalam satu mesyuarat tergempar untuk diluluskan.

Sementara itu, Rusia yang merupakan sekutu kuat Syria mendakwa, sebuah depot yang digunakan militan untuk menghasilkan dan menyimpan peluru termasuk senjata kimia telah dibedil dalam serangan di Idlib.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Moscow, Mejar Jeneral Igor Konashenkov mengesahkan perkara itu selepas AS dan sekutunya menuduh rejim Bashar melancarkan serangan senjata kimia itu.

Serangan Senjata Kimia Di Syria, 72 Terkorban. "Senjata kimia sama pernah digunakan oleh militan di bandar Aleppo, di mana sampel telah diambil oleh pakar kami pada akhir tahun lalu," katanya dalam laporan Agensi.



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...