Thursday, 6 April 2017

RUU355 Dibentang Hari Ini

RUU355 Dibentang Hari Ini. Usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan dibentangkan hari ini, selepas dinaikkan daripada kedudukan ke-13 kepada pertama dalam aturan urusan mesyuarat di Dewan Rakyat.

Hari ini juga adalah hari terakhir mesyuarat pertama Dewan Rakyat bagi penggal ke-5 Parlimen ke-13 yang akan memulakan persidangan pada jam 10 pagi ini.

RUU355 Dibentang Hari Ini. Usul itu kekal sebagai usul peribadi ahli Parlimen Marang itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan ia sebagai rang undang-undang (RUU) kerajaan atas dasar konsensus dalam Barisan Nasional.

Pada 30 Mac lalu, RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang diusulkan Hadi diubah daripada kedudukan ke-7 kepada kedudukan ke-12 dalam aturan urusan mesyuarat di Dewan Rakyat.

RUU355 Dibentang Hari Ini


Usul yang lebih dikenali sebagai RUU 355 itu bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Hadi pertama kali membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016, selepas kerajaan membenarkan ia mendahului RUU kerajaan.

RUU355 Dibentang Hari Ini. Hadi bagaimanapun menangguhkan perbahasan RUU 355 dan membentangkan versi disemak semula pada November 2016 selepas ia sekali lagi dinaikkan dalam aturan urusan mesyuarat. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...