Friday, 7 April 2017

RUU355 Berjaya Dibentang Kemudian Ditangguh 24 Julai

RUU355 Berjaya Dibentang Kemudian Ditangguh 24 Julai. Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh) berkata kebanyakan ahli Parlimen tertanya-tanya apabila usul Hadi ditangguh tanpa dibahaskan.

Penangguhan rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 merupakan yang ketiga selepas ia ditangguhkan pada Mei dan November tahun lepas.

RUU355 Berjaya Dibentang Kemudian Ditangguh 24 Julai.  “Wakil rakyat tertanya-tanya apa yang terjadi. Sebaik dibentangkan, walaupun ada pihak kata tidak perlu tetapi perlu diberi peluang.

“Manalah tahu kalau saya hendak sokong atau ramai lagi hendak sokong atau tidak sokong.

“Sekarang ini seolah kita dipermainkan. Saya tidak tahu apa perasaan PAS, dia boleh bentang, boleh sokong tetapi tidak ada keputusan.

“Pada saya ini adalah mungkin perkara yang tak pernah berlaku, namun tentulah rakyat mahukan jawapan sebenar: adakah ini akan diluluskan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar bangunan Dewan Rakyat.

Ketika ditemui FMT, wakil rakyat PAS lega usul Hadi dibentangkan tetapi terkejut ia tidak dibahas. Mereka bagaimanapun menerima keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

RUU355 Berjaya Dibentang Kemudian Ditangguh 24 Julai


Pandikar menangguhkan perbahasan itu pada 4.00 petang tadi. Sidang mesyuarat kedua Dewan Rakyat akan diadakan 24 Julai nanti.

Semalam, kerajaan berbahas sehingga 5.00 pagi untuk menyelesaikan beberapa rang undang-undang kerajaan.

“Apabila tak beri ruang kepada ahli Parlimen untuk suarakan pandangan, pada saya ini menyekat kebebasan,” kata Muhyiddin, yang berpuas hati dengan penerangan usul oleh Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) di Dewan Rakyat tadi.

“Saya tidak persoal kuasa speaker. Memang beliau ada hak namun kena pertimbangkan kita di dalam Dewan Rakyat harus diberikan peluang supaya rakyat tahu kita mengupas, kaji secara mendalam apakah RUU 355 ini supaya tidak ada pihak yang salah tafsir.

“Bila tertangguh saya tak tahu apa jadi selepas ini,” katanya.

RUU355 Berjaya Dibentang Kemudian Ditangguh 24 Julai


Sementara itu, Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) amat terkilan speaker tidak memberikan peluang kepada wakil rakyat untuk membahaskan usul Hadi.

Beliau menyifatkan penangguhan kali ke-3 ini sebagai permainan politik yang teruk.

“Di mana pada akhirnya hak kami dirampas. Nampak gaya akan diadakan pilihan raya umum sebelum sidang Dewan Rakyat akan datang.

“Mereka tidak akan beri peluang untuk kita berhujah sebelum pilihan raya itu. 

RUU355 Berjaya Dibentang Kemudian Ditangguh 24 Julai.  Kerana bila diberi peluang untuk berhujah, mereka sudah tahu penghujahan yang dikemukakan Amanah, DAP dan PKR agak berbeza tetapi kesemuanya mempunyai asas yang baik dan kukuh,” katanya. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...